My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 26 April 2018

    Pembunuh Fadi Guna Identiti Palsu



    Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh gambar wajah sebenar seorang lelaki yang diburu kerana menembak mati Dr. Fadi M.R Albatsh selain mendedahkan, pemuda itu dan seorang lagi rakannya telah berada di negara ini sejak Januari lalu bagi merancang pembunuhan imam Palestin berkenaan.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, PDRM juga tidak menolak kemungkinan kedua-dua penjenayah itu masih berada di negara ini tetapi sukar dijejaki kerana mereka disyaki menggunakan identiti palsu.

    “Dipercayai kedua-dua suspek yang iras warga Eropah atau Timur Tengah itu sudah berada di Malaysia sejak akhir Januari lalu,” kata beliau pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

    Menurut beliau, polis kini sedang bekerjasama dengan semua agensi berkaitan bagi mengenal pasti identiti kedua-dua lelaki yang dicari tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pembunuh Fadi Guna Identiti Palsu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top