My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 April 2018

    Undian Bagi Nama SUV Proton Dapat Sambutan



    Undian untuk nama kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton Holdings Bhd. (Proton) secara online di laman Facebook telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai. 

    Naib Presiden, Jualan dan Pemasarannya, Abdul Rashid Musa berkata, dalam tempoh sembilan hari pertama undian tersebut, syarikat telah menerima lebih daripada 69,000 undian dalam Facebook. Menurutnya, video yang dikongsikan bersama undian itu telah mendapat lebih daripada 165,000 tontonan.

    Selain itu, terdapat lebih daripada 1,000 pengguna turut berkongsi mengenai undian tersebut melalui halaman Facebook mereka, yang secara tidak langsung mendorong kepada peningkatan jumlah undian.

    “SUV baharu ini merupakan titik tolak yang bermakna bagi Proton dan oleh itu, kami mahu berkongsi dengan rakyat Malaysia kerana ia juga merupakan simbol pencapaian untuk negara. Kami tidak menjangkakan jumlah penyertaan sebanyak ini dalam jangka masa yang singkat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

    Abdul Rashid menjelaskan, sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang turut serta dalam undian ini, Proton akan menawarkan baucar hadiah bernilai RM100,000 bakal dibahagikan kepada para peserta.

    “Lima pemenang juga akan dipilih berdasarkan makna terbaik yang diberikan malah mereka juga akan menerima undangan eksklusif pada majlis pelancaran. Selain itu, diberi penghormatan untuk menjadi antara orang pertama memandu uji dan melihat sendiri teknologi terkini yang terdapat pada SUV tersebut di litar ujian Proton di Shah Alam,” terangnya.

    Tambah beliau, orang ramai juga turut diberi pilihan untuk mencadangkan nama lain bagi SUV tersebut. “Sekiranya, nama mereka terpilih maka seorang pemenang bertuah akan menerima hadiah pakej pelancongan selama empat hari tiga malam ke Hangzhou dan Shanghai bagi dua orang termasuk lawatan ke ibu pejabat Geely. Tarikh tutup undian ialah pada 30 April 2018.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Undian Bagi Nama SUV Proton Dapat Sambutan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top