ACER Malaysia mengumumkan penajaan organisasi e-Sukan, Geek Fam menerusi barisan peranti permainannya, Predator, hari ini. Menerusi penajaan, pemain Geek Fam akan dilengkapi dengan perkakas elektronik gaming terkini daripada Predator termasuk monitor, laptop dan desktop.
Pengarah Produk dan Jualan Acer Malaysia, Johnson Seet berkata, pendekatan ini menunjukkan komitmen mereka kepada komuniti ‘gamers’ tempatan. “Kami sentiasa memahami kehendak komuniti tak kira mereka pemain kasual atau profesional. Produk gaming Predator ini direka untuk membawa gaya permainan mereka ke peringkat lebih tinggi.
“Penajaan ke atas Geek Fam bermakna kami terus komited kepada komuniti dan tak sabar untuk terus mengekalkan kejayaan bersama organisasi ini,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Geek Fam mempunyai pasukan Dota 2 dan League of Legends yang terdiri dari pemain tempatan dan Asia Tenggara.
Sementara itu, Pengasas Geek Fam, Lim Keat Kuang mengharapkan penajaan itu dapat membantu mereka lebih berjaya di masa depan. Awal tahun ini, Geek Fam meraih kemenangan di Asia Pacific Predator League 2018 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia selepas menewaskan tuan rumah, Boom ID.
Selain itu, Geek Fam turut menganjurkan satu acara sempena pembukaan Geek Fam Arena bermula hari ini sehingga 15 April di pusat membeli belah Lot 10, Kuala Lumpur. Terdapat pelbagai aktiviti dan cabutan bertuah kepada para pengunjung yang hadir.
0 comments:
Post a Comment