My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 12 April 2018

    Sarawak Isytihar Cuti Kelepasan Am Tambahan Pada 9 Mei



    Kerajaan negeri Sarawak hari ini mengumumkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan di negeri ini sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). 

    Menurut Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan di sini, ia bagi membolehkan rakyat menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi pada hari itu.

    “Berikutan pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa hari mengundi untuk PRU-14 jatuh pada hari Rabu, 9 Mei, kerajaan negeri memutuskan bahawa hari kelepasan am tambahan diisytiharkan di seluruh Sarawak pada hari berkenaan," menurut kenyataan itu. Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am [Bab 8 (1958)].
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sarawak Isytihar Cuti Kelepasan Am Tambahan Pada 9 Mei Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top