Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengumpul maklumat termasuk membuat gambar lakaran dua lelaki yang menembak mati imam Palestin, Dr. Fadi M.R Albatsh di Setapak di sini kelmarin yang mencetuskan pelbagai spekulasi di sebalik pembunuhan kejam yang berlaku di negara ini.
Difahamkan, polis sedang menganalisis imej rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang merakam dua lelaki menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis BMW GS sebelum salah seorang daripadanya menembak mati Fadi.
Antara teori awal pembunuhan Fadi ialah penembak pensyarah Universiti Kuala Lumpur (uniL) tersebut disyaki melibatkan pasukan perisik dan kemungkinan kedua, mangsa mungkin ditembak pembunuh upahan.
Mengenai motif Fadi dibunuh, siasatan polis merangkumi pelbagai aspek termasuk kemungkinan mangsa mempunyai kaitan dengan gerakan Hamas di Palestin.
0 comments:
Post a Comment