My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 11 April 2018

    Selepas Terengganu, Johor Pula Bakal Terima Khidmat MyBas




    Nampaknya, usaha berterusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) dalam mentransformasikan pengangkutan awam darat negara, semakin bertambah maju. Sebelum ini, Terengganu menerima manfaat pengenalan MyBas yang sudah memulakan perkhidmatannya, terbaru, Johor pula bakal menerima perkhidmatan yang sama.

    Dengan dikendalikan oleh Handal Indah Sdn Bhd, SPAD menjangkakan sebanyak 249 buah bas akan dihantar dalam empat peringkat di Johor Bahru.Melalui program ini, ia akan melibatkan empat jenis bas, iaitu bas panjang, ‘midi’, mini dan elektrik berkapasiti 65 penumpang pada satu-satu masa.

    Semua ini hasil daripada majlis menandatangani kontrak Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) antara SPAD dengan Handal Indah Sdn Bhd di Hotel Jen, Johor Bahru hari ini.

    Dalam satu kenyataan, Pemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Isa Samad memberitahu, perkhidmatan MyBAS Johor yang bakal dilaksanakan itu akan memperkenal 27 laluan utama dan perantara yang melibatkan jarak perjalanan sehingga 16.8 kilometer setahun.

    Untuk rekod, sebelum ini, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu telah menikmati Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti ini. Menerusi inisiatif SPAD yang begitu komited dalam mentransformasikan perkhidmatan awam menerusi pengenalan MyBas, ianya telah berjaya menaik tarafkan mutu perkhidmatan bas henti-henti dan sekaligus menjadi penanda aras pengangkutan awam di negara ini.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Selepas Terengganu, Johor Pula Bakal Terima Khidmat MyBas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top