JUARA bertahan Real Madrid bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Bayern Munich yang mensia-siakan peluang mereka untuk membawa bekal selesa ke perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara di Sepanyol.
Real yang memburu gelaran ketiga berturut-turut memerlukan gol penyamaan Marcelo pada minit ke-44 untuk memadamkan jaringan awal Joshua Kimmich selepas Bayern yang memburu tiga trofi musim ini mensia-siakan beberapa peluang terhidang.
Pemain gantian Asensio cemerlang pada separuh masa kedua untuk menewaskan penjaga gol Sven Ulrich yang memastikan gol kemenangan Real pada minit ke-57.
Keputusan itu menyamai keputusan perlawanan pertama suku akhir tahun lalu, sebelum Real menang dalam perlawanan timbal balik untuk menjadi pasukan pertama berjaya mempertahankan gelaran Liga Juara-Juara.
Semalam, Liverpool menewaskan AS Roma 5-2 dalam satu lagi perlawanan pertama separuh akhir.
0 comments:
Post a Comment