My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 April 2018

    Padah Makan Cili Paling Pedas



    Doktor memberi amaran terhadap pengambilan cili selepas seorang lelaki yang makan cili paling pedas di dunia mengalami sakit kepala yang digambarkan seperti disambar petir. 

    Menurut artikel yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Laporan Kes BMJ, lelaki berusia 34 tahun itu mengalami gejala termasuk menjeluak selepas menyertai pertandingan makan cili Carolina Reaper dalam satu pertandingan pada 2016.

    Dia kemudian mengalami sakit kepala dan leher teruk sehingga terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan dan diuji untuk pelbagai keadaan neurologi yang hasilnya semua negatif. Akhirnya selepas melakukan imbasan, doktor mendapati beberapa arteri di dalam otaknya mengecut sementara waktu dan dia didiagnosis dengan sindrom cerebral vasoconstriction (RCVS).

    Ia kes pertama pesakit didiagnosis dengan RCVS selepas makan cili pedas, kata penulis artikel berkenaan. Keadaan itu menyebabkan pesakit rasa sakit kepala seperti disambar petir, selalunya akibat tindak balas terhadap ubat preskripsi atau dadah.

    “Ia sesuatu yang mengejutkan semua orang,” kata Dr. Kulothungan Gunasekaran di Hospital Henry Ford di Detroit, yang juga penulis artikel itu kepada AFP. Gejala yang dialami lelaki itu sembuh dengan sendirinya dan imbasan susulan CT lima minggu kemudian menunjukkan saiz arterinya kembali biasa.

    Penulis kajian itu sebelum ini mengatakan, memakan lada cayenne boleh menyebabkan serangan jantung. “Kami mencadangkan orang ramai berhati-hati apabila memakan cili pedas dan mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin jika mengalami gejala seperti itu,” kata Gunasekaran.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Makan Cili Paling Pedas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top