My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 April 2018

    'Ini Semua Salah Pengadil'




    Pep Guardiola melancarkan serangan dengan mempertikaikan mutu pengadilan apabila pasukannya tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas tewas dalam dua perlawanan suku akhir menentang Liverpool. 

    Skuad Manchester City tumbang dengan agregat 1-5 selepas tunduk 1-2 kepada Liverpool dalam suku akhir kedua di Stadium Etihad, awal pagi tadi. Namun, pengurus City itu mendakwa keputusan perlawanan akan berubah jika pegawai perlawanan lebih adil kepada pasukannya dalam dua perlawanan suku akhir.

    Liverpool mendahului pada aksi pusingan pertama hasil jaringan Mohamed Salah yang didakwa berada dalam kedudukan ofsaid, manakala gol kedua City pula dibatalkan kerana kesalahan sama dalam aksi pusingan kedua pagi tadi.

    Selepas tewas 0-3, City mendahului hasil jaringan pembukaan Gabriel Jesus dalam aksi timbal balik pagi tadi dan mendakwa jaringan kedua oleh Leroy Sane sepatutnya diiktiraf. Namun, jaringan itu jelas dilakukan dalam kedudukan ofsaid dan Liverpool mengambil kesempatan serta perlu berterima kasih kepada Salah dan Roberto Firmino yang meledak gol di babak kedua.

    Guardiola yang bengang dan mempertikaikan keputusan pengadil, Antonio Miguel Mateu Lahoz akhirnya dikenakan hukuman keluar padang dan menghabiskan babak kedua dengan duduk di bangku penonton.

    “Saya katakan itu adalah gol apabila bola dihantar kepada Leroy Sane. Sebab itulah dia perintahkan saya keluar padang. Situasi akan berubah jika kedudukan semasa adalah 2-0,” kata Guardiola.

    “Ia berbeza ketika Salah menjaringkan gol di Anfield pada kedudukan ofsaid. Ia berbeza dengan gol Gabriel Jesus, sedangkan gol di Anfield itu jelas ofsaid. Pertandingan ini cukup penting buat pasukan, jadi keputusan pengadil itu sangat penting,” katanya.

    Mateu Lahoz juga dikritik Guardiola apabila tidak menghadiahkan City sepakan penalti ketika menentang Monaco, musim lalu. City memenangi perlawanan itu dengan keputusan 5-3 tetapi gagal untuk layak ke pusingan seterusnya.

    Pengadil yang sama juga memberikan dua sepakan penalti kepada Napoli ketika berdepan City dalam saingan peringkat kumpulan, awal musim ini. “Pengadil itu sangat istimewa, dia gemarkan perbezaan. Apabila orang ramai nampak sesuai dengan jelas, dia pula membuat keputusan sebaliknya.”
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Ini Semua Salah Pengadil' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top