Bintang Bollywood, Salman Khan didapati bersalah oleh mahkamah di Jodhpur, hari ini kerana memburu antelop ‘blackbuck’ secara haram dan membunuh dua haiwan spesies terancam itu pada September 1998.
Laman web Hindustan Times melaporkan, selain Salman, 52, pelakon Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Tabu dan Neelam turut didakwa termasuk penduduk tempatan Dushyant Singh tetapi mereka dibebaskan.
Salman didakwa melakukan kesalahan itu di Kankani, Jodhpur sewaktu menjalani penggambaran filem Hum Saath Saath Hain. Menurut laporan media, aktor terkenal itu berdepan hukuman penjara selama enam tahun.
0 comments:
Post a Comment