My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 6 April 2018

    Pusat Pergigian Diarah Bela Diri



    Pusat pakar pergigian, Imperial Dental Specialist Centre Sdn. Bhd. diperintah membela diri di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas lima pertuduhan berhubung kematian Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang merupakan menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dua tahun lalu. 

    Hakim Harmi Thamri Mohamad @ Shaharuddin membuat keputusan itu terhadap pusat tersebut yang diwakili pengarah syarikatnya Dr. Wong Yen Lin selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

    Mengikut pertuduhan pertama, OKS didakwa sebagai pemegang lesen gagal memastikan pekerja klinik itu, Noor Azima Muhamad Nuwi, 27, berkelayakan untuk menjalankan prosedur radiologi ke atas Allahyarham Syed Alman Zain, 44.

    Sementara itu, dalam pertuduhan kedua dan ketiga, pusat pergigian tersebut didakwa gagal menyimpan serta menyelenggarakan suatu daftar kakitangan selain tidak menyediakan oksigen sebagai perkhidmatan jagaan kecemasan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pusat Pergigian Diarah Bela Diri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top