My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 6 April 2018

    Maut Dihempap Lori Sendiri



    PEMANDU lori tercampak keluar dari kenderaannya yang terbabas di Batu 14, Jalan Sibu-Bintulu, Sibu, malam tadi. Selepas tercampak, mangsa, Tan Ah Chuan, 62, dihempap kepala lori itu yang terbalik pula menyebabkannya parah dan meninggal dunia di tempa kejadian. 

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian 10.20 malam itu, mangsa dikatakan memandu sendirian dari arah Bintulu menghala ke Sibu. Beliau berkata, setibanya di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di bahu jalan.

    “Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat. Kes itu masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

    Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sembilan anggota termasuk dua anggota EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan. 

    “Anggota kami mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah kenderaan yang terbalik dan pegawai perubatan dari Hospital Sibu mengesahkan mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Maut Dihempap Lori Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top