My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 6 April 2018

    Dua Bot Tangkap Ikan Guna Racun, Bom Ikan Ditahan



    Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Maritim Kota Kinabalu menahan dua bot yang disyaki menangkap ikan menggunakan racun dan bahan letupan di kawasan perairan Pulau Mengalum, semalam. 

    Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata kedua-dua bot itu ditahan sekitar 11.20 hingga 11.50 malam oleh anggota peronda Kapal Maritim Berani (KM Beran) yang melakukan Op Khas di kawasan pantai Pulau Mengalum itu.

    “Ketika operasi itu, anggota peronda Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan. Apabila dihampiri, bot tersebut cuba melarikan diri dan kelihatan awak-awak bot sedang mencampakkan sesuatu ke dalam laut, namun berjaya dipintas.

    “Hasil pemeriksaan mendapati dua juragan warga tempatan bersama empat awak-awak yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri dalam lingkungan umur 32 - 50 tahun berada di atas kedua-dua bot terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Katanya pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan menjumpai serbuk putih dipercayai racun sianida serta peralatan yang dibuang ke dalam laut disyaki bom ikan, selain ikan yang ditangkap menggunakan bahan berkenaan.

    Bot, juragan dan awak-awak ditahan dan diiringi ke jeti Pulau Mengalum untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Bot Tangkap Ikan Guna Racun, Bom Ikan Ditahan Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top