My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 6 April 2018

    PPBM Dikuburkan Oleh Tangan Mahathir Sendiri Bukannya ROS



    Tidak perlu tuding jari menyalahkan orang lain. Parti PPBM yang ditubuhkan Mahathir sendiri pada 8 September 2016 sebenarnya dikuburkan dan diarwahkan oleh tangan Mahathir sendiri. Pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hanyalah memproses hasil keputusan mesyuarat, perlembagaan parti dan dokumen yang PPBM beri sendiri. 

    Setelah didapati semua dokumen itu tidak betul dan ada pula sejumlah 428 aduan daripada akar umbi PPBM sendiri, maka PPBM dibubarkan pada 5 April 2018. Dua hari lepas, Mahathir berkata dalam sidang media di parlimen bahawa PPBM tidak mempunyai cawangan.

    "Kita sudah beritahu ROS sudah lama bahawa kita tidak ada cawangan. ROS sudah tahu PPBM memang tidak ada cawangan. Sebab itu bila adakan mesyuarat agung kita tak boleh ada orang dari cawangan masuk dalam bahagian untuk pilih wakil ke mesyuarat agung," kata Mahathir.

    Sebenarnya Mahathir berbohong. Dalam Fasal 11.4 , Perlembagaan PPBM dengan jelas menyatakan struktur parti PPBM mempunyai cawangan. Dalam Fasal 8.2.1 jelas menyebut mana mana warganegara Malaysia yang berminat serta PPBM perlu mengemukakan permohonan ahli kepada Ketua Cawangan.

    Manakala dalam Fasal 12 iaitu tentang Perhimpunan Agung PPBM, fasal 12.2.3 dan 12.2.4 dengan jelas menyatakan bahawa perlu ada wakil daripada mesyuarat Bahagian untuk hadiri Perhimpunan Agung PPBM. Bermaksud juga 7 orang wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung yang disebut dalam fasal 12.2.3 perlu dipilih dalam mesyuarat Bahagian.

    Masalah yang dihadapi PPBM adalah tiada langsung dibuat mesyuarat cawangan dan mesyuarat di peringkat Bahagian. Terus sahaja dibuat Perhimpunan Agung. Aduan tentang tiadanya mesyuarat Bahagian ini dibuat oleh ahli ahli PPBM sendiri. Malah ada mesyuarat yang bertukar menjadi majlis sambutan harijadi.

    Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz telah langgar Perlembagaan Parti yang mereka sendiri tulis. Mereka khianati parti yang mereka tubuh sendiri. Mereka khianati ahli ahli parti mereka sendiri. Sebab itu bila ramai ahli ahli PPBM keluar dan protes pada mereka, mereka tidak kisah, anggap yang keluar itu sampah sahaja.

    Malam tadi dalam satu sidang media di pejabat PPBM di Petaling Jaya, sekali lagi Mahathir buat buat bodoh sahaja mengenai status parti PPBM. Mahathir kata “cawangan pun masih berfungsi seperti biasa” semalam. Ada pula cawangan PPBM? Dua hari lepas Mahathir kata PPBM tidak ada cawangan.

    Nampak sangatlah Mahathir tidak tahu dah sebenarnya apa yang dia cakap. Patutlah ada ahli ahli parlimen DAP tolong beri jawapan kepadanya dalam sidang media di parlimen beberapa hari lepas. PPBM kini berada dalam “injury times” selama 30 hari. Jika begitulah sikap Mahathir, “injury times’ pun tidak berguna lagi. Bermakna terkubur begitu sahajalah parti PPBM.

    Memang Mahathir mahu parti PPBM terkubur pun. Mahathir sudah bercadang hendak gunakan logo PKR (mata lebam) dalam PRU14 nanti. Patutlah semua dosa dosa Anwar dicuci bersih oleh Mahathir. Hanya tinggal liwat sahaja belum ditarik balik oleh Mahathir.

    Tidak mustahil dalam masa terdekat ini, Mahathir akan cakap Anwar Ibrahim tidak meliwat sebenarnya demi hendak membolehkannya menggunakan logo PKR.   Parti PPBM pergi ke kubur terlebih dahulu sebelum Mahathir. Parti yang kononnya dicanang akan ada sampai 6 juta ahli semasa ditubuh suatu ketika dahulu.

    Parti yang kononnya akan membela nasib Pribumi. Namun semua itu palsu belaka. Segalanya sudah lingkup dikerjakan Mahathir. Tidak penting pun bagi Mahathir. Ahli ahli PPBM susah hendak dijaga, baik Mahathir jaga kuda. Baik Mukhriz jaga kucing yang harganya RM200,000 seekor.

    Maka tamatlah riwayat parti yang ditubuhkan oleh Mahathir. Bendera sahaja banyak, gantung sana sini, rupa rupanya ahli habuk pun tiada. Matilah parti yang dibuat kerana agenda peribadi. 

    Berpindahlah pula semua ahli PPBM ke parti mata lebam, parti yang juga dibuat kerana agenda peribadi Anwar untuk lawan Mahafiraun. Masuklah beramai ramai sampah PPBM ke dalam parti berlubang satu bernama PKR.

    Beruang Biru
    Jumaat
    6 April 2018
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PPBM Dikuburkan Oleh Tangan Mahathir Sendiri Bukannya ROS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top