My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 17 August 2015

    AKUAN BERSUMPAH PENGKHIANAT NEGARA

    Pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung terdapat gerakan tersusun komplot menjatuhkan kerajaan Malaysia hari ini, mengundang pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia.

    Ada yang mengatakan, dakwaan berkenaan hanyalah khabar angin untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap dakwaan penerimaan derma ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib tun Abdul Razak. Malah ada yang mendakwa, dakwaan Datuk Seri Ahmad Zahid ini ada benarnya dan tidak boleh dipandang ringan.

    Jika diteliti berhubung dakwaan beliau, memang terdapat asasnya kenapa beliau begitu berani mendedahkan komplot sebegini. Mungkin ada yang terlupa bahawa beliau juga merupakan Menteri Dalam Negeri dan beliau merupakan individu yang mendapat laporan terus daripada risikan pihak Polis Di Raja Malaysia.

    Jadi sewajarnya segala hasil risikan berkenaan komplot ini akan diperolehi beliau kerana Kementerian dibawah jagaan beliau merupakan kementerian yang menjadi benteng terhadap sebarang ancaman terhadap kepimpinan negara dan juga negara.

    Dalam satu ucapan bagi merasmikan Mesyuarat Bahagian UMNO baru-baru ini, beliau mendedahkan semua Ahli Parlimen Pembangkang seramai 87 orang bersama 27 orang Ahli Parlimen Barisan Nasional serta seorang bebas telah menandatangani satu perjanjian bersumpah bahawa mereka akan menggunakan Parlimen untuk membawa undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

    Ini sekaligus akan memaksa Perdana Menteri meletakkan jawatan dan seterusnya melantik Timbalan beliau pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri menggantikan beliau.

    Datuk Seri Ahmad Zahid juga mendakwa, kumpulan ini akan mempersembahkan Surat Akuan Bersumpah berkenaan kepada Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang Di Pertuan Agong untuk "menamatkan" tempoh khidmat Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri.

    Perkara ini benar-benar mengejutkan dan tidak pernah berlaku didalam sejarah Malaysia. Apa yang pasti, tindakan seumpama ini jelas seperti pengkhianat negara dan ianya tidak wajar berlaku andai 222 orang Ahli Parlimen Malaysia benar-benar memahami sumpah yang mereka lafazkan didalam Parlimen sewaktu mereka mengangkat sumpah selaku Ahli Parlimen.

    Andai masih ada yang enggan mempercayai apa yang didakwa oleh Datuk Seri Ahmad Zahid baru-baru ini, mereka wajar melihat semula bagaimana UMNO kini sedang mengalami perpecahan dan diselubungi pelbagai fitnah yang tidak pernah berhenti.

    Wajarkah kita memperjudikan kerajaan yang ada hari ini demi memusan nafsu politik seseorang? Apakah ini yang sedang dicari oleh ahli politik Malaysia sehingga tergamak melakukan akuan bersumpah pengkhianat negara sebegini?

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: AKUAN BERSUMPAH PENGKHIANAT NEGARA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top