My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 August 2015

    TIADA BEZANYA ANTARA KHAIRY JAMALUDDIN DAN MAS ERMIEYATI DALAM MEMPERTAHANKAN PRESIDEN UMNO

    Apa yang berlaku didalam UMNO hari ini kian lama kian menyedihkan. Tiada lagi rasa hormat terhadap Presiden UMNO seperti tradisinya malah ada dikalangan pemimpin sayap sendiri bertindak seperti gunting didalam lipatan.

    Inilah yang berlaku pada hari ini didalam UMNO. Jika dilihat pada pemerintahan Tun Dr Mahathir, sayap Pemuda sentiasa berdiri teguh di belakang Presiden dan memastikan tiada ancaman serius terhadap Presiden parti. Tetapi apa yang berlaku hari ini jelas berbeza.

    Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sentiasa dilihat bersendirian dalam menghadapi fitnah dan tuduhan melampau samada dari pihak pembangkang mahupun didalam UMNO itu sendiri. Lebih memburukkan keadaan, pendirian Pemuda dan Puteri UMNO itu sendiri tidak pernah tetap dan sentiasa berubah-ubah.

    Khairy Jamaluddin tidak pernah menjawab walau sekalipun tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau yang seolah-olah menyokong penggulingan Presiden UMNO seperti yang pernah diwar-warkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau dilihat gemar mendiamkan diri seolah-olah mengiyakan tanggapan ramai terhadap beliau. Ditambah pula dengan kegagalan beliau membentuk solidariti mempertahankan Presiden UMNO dan amat gemar memberi kenyataan yang seolah-olah memperlekehkan kedudukan Presiden, beliau kini dilihat tidak lebih daripada melukut di tepi gantang.

    Tindakan beliau hari ini seolah-olah menjadi acuan kepada seorang lagi ketua sayap UMNO, Pergerakan Puteri UMNO. Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati dilihat seperti "copycat" setiap apa yang diperkatakan oleh Khairy. Pendirian mereka juga agak kabur samada mahu atau tidak mempertahankan Presiden parti.

    Ditambah pula dengan kegagalan mereka mengawal jentera di peringkat bahagian, suasana ini jelas semakin buruk apabila mereka langsung tidak bersuara untuk bersama-sama Presiden dalam mempertahankan kedudukan Presiden parti dan UMNO itu sendiri. Kadang kala tindakan mereka seumpama lalang, bergerak mengikut angin.

    Jadi adalah tidak menghairankan apabila dapat dilihat dengan jelas, Datuk Seri Mohd Najib keseorangan tanpa dibantu oleh sayap yang menjadi suara pelapis bagi UMNO. Jika sebelum ini insiden yang berlaku di Rompin gagal dihuraikan oleh Khairy, begitu juga dengan Datuk Mas Ermie
    yati apabila lebih mempercayai orang luar berbanding ahli Puteri itu sendiri.

    Dalam mana-mana parti politik, jika pelapisnya sendiri seolah-olah enggan bekerjasama dengan ketua, pastinya ketuanya akan terus dihentam tanpa belas. Beegitu jugalah yang dihadapi oleh Datuk Seri Mohd Najib. Kekuatan UMNO terletak kepada barisan pelapisnya.

    Jika mereka sendiri gagal menarik pelapis baru menyertai 2 pergerakan terpenting didalam UMNO, pastinya kredibiti dan kemampuan 2 pemimpin muda ini akan dipertikaikan oleh ahli UMNO yang lain. Jelas mereka gagal mengambil "political millage" yang mampu memperkukuhkan kedudukan mereka didalam parti.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TIADA BEZANYA ANTARA KHAIRY JAMALUDDIN DAN MAS ERMIEYATI DALAM MEMPERTAHANKAN PRESIDEN UMNO Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top