My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 11 August 2015

    PERMINTAAN LUAR BIASA KHAIRY JAMALUDDIN

    Malaysia sekali lagi dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada temasya sukan terulung di Asia Tenggara, Sukan SEA pada tahun 2017. Pemilihan ini bermakna Malaysia harus bersedia dari sekarang dalam segenap aspek samada dari segi persiapan dan venue yang akan menjadi tumpuan nanti.

    Menariknya, menerusi sidang akhbar yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin pada majlis rumah terbuka kementerian beliau di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam, beliau memerlukan sekurang-kurangnya RM 1 billion untuk persediaan sebelum dan selepas acara berkenaan berlangsung.

    Alasan yang diberikan adalah beberapa vanue harus diubah suai semula mengikut garis panduan pasukan Bomba dan Penyelamat. Di samping itu menurut beliau, untuk Sukan SEA ini, pihaknya perlu membina satu pusat konvensyen baru kerana satu stadium tertutup yang ada tidak mencukupi.

    Dapat difahami jika pihak beliau memerlukan pengubahsuaian terhadap beberapa venue kerana ianya perlu di selenggara dengan berkesan sebelum acara ini bermula. Tetapi apakah perlunya membina satu lagi pusat konvensyen baru kerana jika dilihat dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia sekarang, ianya jelas membazir.

    Sepatutnya pihak kementerian memikirkan jalan untuk menjimatkan pembelanjaan dalam mengubahsuai dan mempertingkatkan prasana venue yang dijangka akan digunakan nanti.

    Seluruh dunia mengiktiraf venue suka yang ada di Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. Jadi permintaan sehingga RM 1 billion semata-mata untuk persediaan sesuatu temasya sukan yang bukan bertaraf dunia jelas satu permintaan yang luar biasa dan perlu dikaji semula secara mendalam.

    Jika beliau melihat semula tingkah laku dan kenyataan beliau sendiri sebelum ini, beliau sewajarnya faham keadaan semasa yang melanda negara. Sewajarnya beliau tidak menambah beban yang sedia ada dengan permintaan luar biasa demi memenuhi impian menjadi tuan rumah terhebat dalam sejarah Sukan SEA.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERMINTAAN LUAR BIASA KHAIRY JAMALUDDIN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top