
Paling melucukan, dakwaan beliau hanya menggunakan RM 10 juta untuk menguruskan Pilihanraya Umum ke10 dan 11 semasa beliau masih lagi menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Beliau mendakwa, apa yang diterima oleh Datuk Seri Najib dan pengisytiharan bajet Pilihanraya Umum yang ke13 lalu sangat tidak masuk akal dan berlebihan.
Adakah beliau sedar apa yang beliau katakan ini? Mari kita lihat kebenaran dakwaan Tun M ini. Secara kasar, pembelanjaan bagi seorang bakal Ahli Parlimen untuk bertanding adalah sekurang-kurangnya RM 80,000 hingga RM 120,000 seorang.

Bayangkan semasa pemerintahan Tun M terdapat 198 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. RM 80,000 (jumlah minima) didarabkan dengan 198 kerusi bersamaan RM 15.8 juta di peruntukkan hanya untuk pertandingan kerusi Parlimen. Bagaimana pula pertandingan di kerusi Dewan Undangan Negeri? Adakah cukup untuk membentuk kerajaan hanya jika bertanding di kerusi Parlimen sahaja?
Jelas disini, dakwaan Tun M kini boleh dilihat sebagai mengarut. Pembelanjaan pilihanraya bagi menghadapi Pilihanraya Umum memang cukup tinggi. Anggaran RM 15.8 juta hanyalah anggaran kasar yang belum lagi ditambah dengan bahan cetakan dan bayaran untuk petugas parti yang bekerja untuk parti. Pakatan Rakyat yang mewakili pembangkang juga mengetahui perkara ini dan mereka juga membelanjakan jumlah yang hampir sama dengan apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional.

Jadi, wujud kebenaran apabila menerusi beberapa ucapan Perdana Menteri mengatakan, jumlah pembelanjaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum sebenarnya mengjangkau angka billion. Ini bukan drama mahupun angka mengarut seperti didakwa oleh ahli politik Facebook, Whatsapp mahupun kedai kopi. Ini adalah angka yang amat tinggi dan ianya menjadi tudas Presiden Parti untuk mencari dana bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional bagi setiap pilihanraya.
JSJM
0 comments:
Post a Comment