My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 12 August 2015

    APA PERLUNYA HIMPUNAN BERSIH 4.0 KEPADA NEGARA?

    Heboh diperkatakan tentang penganjuran himpunan BERSIH 4.0 yang dikatakan bakal di adakan pada 29 dan 30 Ogos ini. Walaupun pihak Polis Di Raja Malaysia telah memberi amaran bahawa pihak polis akan mengambil tindakan keras terhadap penganjur dan peserta perhimpunan, tetapi menerusi beberapa portal dan pages pro pembangkang, ianya kekal menjadi viral di laman-laman sosial.

    Menurut penganjurnya, Datuk S. Ambiga, himpunan ini perlu kerana ianya menunjukkan solidariti rakyat menentang korupsi didalam kerajaan dan menentang sebarang salah laku yang didakwa beliau berlaku didalam kerajaan.

    Jika di imbau, perhimpunan BERSIH ini pada awalnya adalah untuk menunjukkan penentangan oleh pembangkang berhubung keputusan Pilihanraya Umum yang ke13 lalu. Mereka mendakwa, meraka memenangi pilihanraya berkenaan dan UMNO dan Barisan Nasional memanipulasikan keputusan berkenaan.

    Kini himpunan ini jelas mempunyai agendanya yang tersendiri. Ianya dilihat seolah-olah ingin menutup beberapa kegagalan pembangkang dalam menguruskan parti mereka sendiri setelah gabungan pembangkang yang dibernama Pakatan Rakyat telah berkubur pertengahan tahun ini.

    Di samping itu mereka membawa beberapa fitnah yang dilemparkan oleh beberapa laporan berita dari luar negara antaranya Sarawak Report berhubung 1MDB serta dakwaan rasuah RM 2.6 billion yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Walaupun isu-isu berkenaan telahpun dijawab oleh Perdana Menteri, 1MDB dan beberapa laporan akhbar, namun ianya tidak pernah diterima oleh mereka dan mereka menganggap jawapan berkenaan adalah mengarut dan tidak boleh diterima sama sekali.

    Jika dilihat, mereka sebenarnya ingin memastikan pentadbiran Malaysia dimalukan dan dilemahkan dari dalam. Dalam beberapa laporan media sebelum ini, Ambiga mengesahkan ada menerima dana dari luar negara untuk menganjurkan himpunan ini.

    Memandangkan himpunan ini begitu hampir dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara kali ke 58, mereka mengambil kesempatan memburuk dan menjatuhkan imej negara pada mata dunia. Jelas, mereka yang menyertai himpunan ini sebenarnya bukan menyayangi negara seperti didakwa. Mereka jelas bersubahat untuk menjahanamkan negara menerusi tindakan yang dilabelkan sebagai tidak bertamadun dan tidak beradab.

    Sepanjang mengemukakan pelbagai dakwaan dan salah laku, mereka tidak pernah menunjukkan bukti yang mereka ada kepada SPRM mahupun PDRM untuk siasatan lanjut dijalankan. Jelas disini, kewajaran mereka menganjurkan himpunan sebegini pastinya akan menyusahkan rakyat dan paling utama imej dan maruah negara akan tercalar akibat himpunan sebegini.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: APA PERLUNYA HIMPUNAN BERSIH 4.0 KEPADA NEGARA? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top