My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 11 August 2015

    SIAPAKAH CALON TUN M MENGGANTIKAN DATUK SERI MOHD NAJIB?

    Siri serangan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap barisan kepimpinan hari ini yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Najib, tidak pernah berhenti. Beliau dilihat semakin galak dan berterusan menyerang kepimpinan hari ini samada menggunakan isu baru atau mengulang kitar semula setiap isu yang ada.

    Beliau dilihat mahu bertindak lebih jauh sehingga sanggup menghalalkan demonstrasi untuk menjatuhkan kepimpinan yang ada kini. Benar, tidak semua yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib itu betul dan tidak semuanya salah.

    Persoalannya, kenapa beliau dilihat terdorong untuk menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menghalalkan apa yang beliau anggap seperti rakyat tidak bertamadun sebelum ini? Beliau dilihat seperti terdesak untuk menjatuhkan Perdana Menteri sehinggakan reaksi pembangkang seolah-olah terkejut dengan tindakan beliau pada kali ini.

    Menerusi reaksi balas Datin Seri Wan Azizah, beliau menzahirkan kesyukuran diatas seruan yang dilakukan oleh Tun M kerana beliau menyifatkan apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini yang suka berdemonstrasi di sekitar Kuala Lumpur adalah betul dan tidak menyalahi undang-undang.

    Malah menurut beberapa sumber didalam NGO BERSIH, mereka jelas bersyukur dengan "sokongan" yang diberikan oleh Tun M dan ini sekaligus menguatkan iltizam mereka untuk menjayakan himpunan BERSIH 4.0 yang dijangka diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini.

    Persolannya, andai Datuk Seri Mohd Najib memilih untuk berundur, siapakah calon yang dilihat "mendapat keizinan" Tun M untuk menerajui negara? Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sejak akhir-akhir ini kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah. Apabila berhadapan dengan media, beliau selalu mengucapkan keredhaannya terhadap pengguguran beliau selaku Timbalan Perdana Menteri.

    Tetapi apabila berhadapan dengan penyokongnya, beliau seolah-olah "blur" dengan apa yang berlaku. Beliau dilihat kerap mengulangi isu yang sama pada setiap ucapan yang beliau lakukan. Adakah ini Perdana Menteri yang Tun M mahukan?

    Apakah Tun M sudah bosan melihat UMNO dan Barisan Nasional menerajui kerajaan hari ini sehingga mahu melihat Pakatan Rakyat pula menerajui kerajaan? Manakan tidak, Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Robert Kuok dan beberapa kroni yang mencipta kekayaan semasa beliau memerintah Malaysia, kini dilihat lebih cenderong kearah pembangkang.

    Mungkin desakan halus mereka meminta Tun bertindak meruntuhkan kerajaan yang ada kini bagi membolehkan Pakatan Rakyat memerintah. Jika inilah punca sebenar kenapa Tun M bertindak sebegini jauh, jelas sekali ungkapan "saya bertindak begini kerana saya sayangkan UMNO, Barisan Nasional dan Negara yang saya cintai" ini hanyalah sekadar retorik dan mengaburi mata pemuja dan penyokong beliau sendiri.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SIAPAKAH CALON TUN M MENGGANTIKAN DATUK SERI MOHD NAJIB? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top