My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 25 August 2015

    TUN M DAN PENGIKUTNYA BAKAL SERTAI BERSIH?

    Himpunan BERSIH yang bakal diadakan pada penghujung bulan ini nampaknya kian lesu dan tidak bermaya. Antara sebab utama kelesuan ini adalah tindakan PAS yang enggan lagi menjadi "macai" DAP dan BERSIH untuk turut serta dalam himpunan ini.

    Dalam banyak laporan akhbar, PAS dilihat tidak berminat untuk mencampuri lagi perhimpunan sebegini dan menyeru semua ahli PAS yang masih memegang bai'ah mereka agar tidak menyertai himpunan ini. Malah Unit Amal PAS juga dilarang sama sekali terlibat dalam sebarang aktiviti perhimpunan sebegini.

    Dalam pada itu, menurut sumber yang boleh dipercayai, Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S. Ambiga dan penganjur himpunan kali ini, Marina Chin Abdullah dikhabarkan telah mempelawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menyertai demo berkenaan.

    Menurut sumber lagi, perlawaan Ambiga dan Marina ini sedang diberi pertimbangan dengan serius oleh Tun M. Mereka dikhabarkan menyediakan satu slot ceramah khas untuk Tun M pada 30 Ogos ini dan ianya pasti menarik lebih ramai lagi peserta dari kalangan para penyokong tegar Tun M sendiri.

    Perkembangan ini jelas menarik perhatian ramai berikutan tindak tanduk Tun M agak selari dengan apa yang dituntut oleh pihak BERSIH pada hari ini. Ini sedikit sebanyak mampu menambah bilangan peserta disaat BERSIH dilihat semakin lesu disaat-saat akhir kempen himpunan mereka.

    Perkhabaran ini, andai benar, pastinya satu lagi langkah besar Tun M dan pengikutnya dalam usaha menjatuhkan kepimpinan yang ada sekarang. Menurut sumber ini lagi, pihak BERSIH sendiri enggan menafikan atau mengiyakan samada Tun M hadir atau tidak pada himpunan kali ini. Ini berikutan nama Tun M yang cukup dikenali dan ianya pasti menjadi elemen kejutan yang bakal ditampilkan BERSIH pada kali ini.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TUN M DAN PENGIKUTNYA BAKAL SERTAI BERSIH? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top