My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 11 August 2015

    TRAGEDI KEMANUSIAAN PALING DAHSYAT DALAM SEJARAH DUNIA

    Sejak turunnya Nabi Adam Alaihissalam ke dunia ini, terlalu banyak tragedi kemanusiaan dicatatkan dalam sejarah dunia. Pembunuhan pertama di dunia dicatatkan antara adik beradik Habil dan Qabil kerana merebutkan saudara kembar Qabil, Iqlima. Sejarah ini menjadi bukti bahawa tiada siapa pun terkecuali dari nafsu walaupun individu berkenaan adalah anak kepada Nabi sendiri.

    Sepanjang sejarah moden manusia, tragedi pengeboman Hiroshima dan Nagasaki kekal menjadi ingatan bagi setiap rakyat Jepun kerana bagi mereka inilah tragedi yang paling banyak memakan nyawa dalam sejarah Jepun.

    Peristiwa ini bermula sewaktu Tentera Jepun melancarkan propaganda Perang Dunia Kedua dimana Jepun dilihat berpihak kepada Jerman dimana ianya lebih dikenang sebagai perang melawan proksi barat yang dipimpin oleh Britain, Amerika Syarikat dan Perancis.

    Tindakan tentera Jepun yang mula mengebom Pearl Habour, Hawaii pada 7 Disember 1941 telah memulakan Perang Dunia Kedua dimana propaganda mereka meletakkan Asia for Asian sebagai moto utama dalam misi perang mereka. Tujuan utama tentera Jepun adalah menguasai Asia sepenuhnya dengan menghalau penjajah yang menjajah seluruh Asia pada waktu itu.

    Sepanjang 3 tahun perang ini, Amerika jelas berdendam dengan tentera Jepun kerana Washington menganggap Jepun telah mencemarkan maruah mereka apabila menyerang Pearl Habour, pengkalan tentera laut Amerika paling canggih pada masa itu.

    Kemuncak kepada dendam Amerika Syarikat terhadap Jepun apabila rancangan pengeboman pusat perniagaan dan ekonomi utama Jepun di Hiroshima mula dirancang sekitar bulan Jun 1945. Amerika telah bekerjasama dengan beberapa orang pembelot dari kalangan rakyat Jepun sendiri untuk mengenal pasti lokasi paling sesuai untuk menggugurkan bom atom mereka.

    Awal pagi 6 Ogos 1945, tiga buah pesawat berlepas dari Pearl Habour menuju kearah Hiroshima dengan sebuah daripadanya membawa bom nuklear pertama di dunia yang digelar "Little Boy". Sekitar waktu puncak di Hiroshima, berlakulah pengeboman pertama keatas Hiroshima di tengah-tengah bandar dimana kepadatan penduduk dan buruh dilokasi pengeboman terlalu padat.

    Kejadian ini begitu mengejutkan Maharaja Jepun dan seluruh tentera Jepun yang sedang berperang diserata Asia. Bilangan yang maut bukan sedikit apabila kematian serta merta secara rasmi pada hari berkenaan adalah seramai 70,355 orang dan menjelang hujung tahun 1945, angka kematian dianggarkan mencecah 90,000 ke 140,000 orang. Kebanyakan kematian yang dicatat adalah kesan radiasi daripada bom nuklear berkenaan. Malah menjelang 1950, di anggarkan 200,000 orang maut akibat kesan radiasi yang dihidapi sepperti barah, kerosakan DNA dan lain-lain lagi.

    Di saat Jepun sedang berduka dengan pengeboman ini, pada 9 Ogos 1945 sebuah lagi bom digugurkan oleh Amerika Syarikat dan kali ini menyasarkan bandar industri, Nagasaki. Kejadian ini jelas merencatkan semangat tentera Jepun yang ada di seluruh Asia. Dianggarkan 40,000 orang menemui ajal serta merta akibat pengeboman ini.

    Jika dihitung jumlah keseluruhan mangsa yang menemui ajal akibat bom nuklear ini, dianggarkan 277,000 orang maut di Jepun menjelang tahun 1950 dan Jepun jelas meratapi kejadian ini walaupun selepas 70 tahun kejadian ini berlaku.

    Ironinya, selepas hari penuh duka dicatatkan dalam sejarah Jepun sehingga memaksa Maharaja Jepun, Maharaja Hirohito menyerah kalah kepada tentera Berikat pada 15 Ogos 1945, Jepun bangkit menjadi antara negara termaju di dunia dengan keluaran negara berkenaan di eksport keluar negara. Boleh dikatakan hampir seluruh dunia menggunakan produk keluaran negara berkenaan.

    Inilah contoh betapa bersatu padu antara rakyat mampu merubah keadaan negara dari kehancuran kepada negara maju. Hasil kesepakatan antara rakyat dan pemimpin tanpa ada rasa ingin merampas kuasa, Jepun jelas dapat bangkit menjadi pemacu ekonomi utama dunia, jauh meninggalkan negara-negara asia yang lain.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TRAGEDI KEMANUSIAAN PALING DAHSYAT DALAM SEJARAH DUNIA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top