My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 August 2015

    DIMANA SALAHNYA DERMA POLITIK?

    Ramai yang mempertikaikan derma politik yang diterima oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebanyak Rm 2.6 billion yang diterima beliau dari seorang kerabat Di Raja Arab Saudi baru-baru ini. Ramai yang mengatakan derma berkenaan adalah rasuah walaupun ianya telah dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
    Spekulasi tentang wang ini telah mengaitkan beberapa agensi seperti 1MDB, SPRM, Polis Di Raja Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Tetapi tahukah anda, derma politik ini bukan sahaja membabitkan Datuk Seri Mohd Najib dan Malaysia sahaja?

    Menurut The International Institute for Democracy and Electoral Assistance (International IDEA),  sebuah Pertubuhan Antara Kerajaan (Intergovernmental Organization) yang beribu pejabat di Stockholm, Sweden, dari 169 negara dengan  data di dunia, 114 negara mengharamkan derma dana berkepentingan asing kepada parti-parti politik tempatan.

    Daripada jumlah ini, 55 buah negara lagi membenarkannya sama ada dengan had atau tanpa had. Negara-negara yang membenarkan termasuklah Australia, Austria, Belgium, Denmark, Jerman, Italy, Luxembourg, Monaco, Netherlands, New Zealand dan Switzerland.

    Untuk Benua Asia pula, daripada 37 buah negara yang dikaji, 33 buah negara mengharamkan derma dana berkepentingan asing. Daripada jumlah itu, cuma 4 negara membenarkannya dengan tanpa had iaitu Malaysia, Sri Lanka, Iraq dan Lubnan.

    Bagi sumbangan dana berkepentingan asing kepada calon pilihanraya, daripada 164 negara dengan data, 87 buah negara mengharamkan secara terus manakala 77 buah negara lagi membenarkannya sama ada dengan had atau tanpa had ini termasuklah Norway, Sepanyol, Liechtenstein, Hungary dan Republik Czech.


    Bagi Benua Asia pula, daripada 36 buah negara, hanya 11 buah negara membenarkan derma dana berkepentingan asing kepada calon pilihanraya.

    Semua fakta di atas jelas menunjukkan tiada salahnya calon mahupun parti politik yang bertanding menerima derma dalam bentuk apa sekalipun. Sumbangan juga sebenarnya boleh disalurkan terus samada menerusi akaun amanah parti mahupun milik ketua atau presiden parti.

    Apa yang perlu diifahami disini, sumbangan dana politik ini tidak perlu diwar-warkan kepada umum kerana mungkin ada daripada penyumbang enggan dikenali dan diketahui penglibatan mereka menerusi sumbangan sebegini. Pihak yang terlibat menguruskan sumbangan ini hanya perlu menjawab dan mengemukakan bukti sumbangan berkenaan kepada juruaudit yang dilantik.

    Andai terdapat pertikaian berhubung sumbangan berkenaan samada menerusi pihak berkuasa mahupun ahli Majlis Tertinggi parti, barulah sumbangan ini boleh di hebahkan dalam bentuk tertutup. Akan tetapi nama penyumbang kekal dirahsiakan.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    1. Saya berikanlah markah utk karangan kamu di atas itu:-
      6/10 utk gaya bahasa
      2/10 utk isi karangan
      0/10 utk logik cerita
      0/10 utk nilai-nilai murni

      ReplyDelete

    Item Reviewed: DIMANA SALAHNYA DERMA POLITIK? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top