My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 10 August 2015

    GERAKAN HARAPAN BAHARU - ADAKAH HARAPAN BARU BAGI MAT SABU?

    Penubuhan Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang dipimpin oleh Mat Sabu dilihat sebagai sebuah pertubuhan kelab orang kecewa. Manakan tidak, selepas mereka tewas dalam pemilihan Muktamar PAS sekitar bulan Jun yang lepas, GHB ditubuhkan disebalik desas desus yang mendakwa, sebuah lagi NGO yang ditubuhkan oleh Mat Sabu, PasMA akan menjadi parti politik.

    Kemaruk kuasa Mat Sabu jelas dapat dilihat apabila beliau menubuhkan GHB disebalik beliau masih lagi ahli PAS. Tindakan beliau bersama beberapa orang rakan pemimpin PAS yang kecundang mendaftarkan GHB sebagai sebuah parti politik jelas mengundang kemarahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Iltizam Mat Sabu beserta rakan-rakan kecundang beliau untuk meneruskan agenda kerjasama bersama DAP dan PKR disebalik tersingkirnya PAS dari Pakatan Rakyat jelas kelihatan. DAP memperumpamakan Mat Sabu sebagai seorang yang berani dan terdapat laporan dari portal-portal berita yang mengatakan DAP lebih berminat meletakkan Mat Sabu sebagai calon Perdana Menteri Malaysia andai Pakatan Rakyat menang pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

    Ini jelas menolak sebarang teori yang mana Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya calon dari Pakatan Rakyat untuk diangkat menjadi Perdana Menteri. Jelas didalam Pakatan Rakyat, DAP cukup berkuasa mencatur perjalanan politik sesama sekutu mereka.

    Didalam PAS, status Mat Sabu selaku ahli parti terus tergantung. Sehingga kini, belum ada sebarang tindakan disiplin diambil oleh PAS berhubung tingkah laku beliau. Ini menjadikan beberapa orang yang bukan pro ulama bertindak meninggalkan parti dan seterusnya bergabung dengan Mat Sabu di dalam GHB.

    Apakah PAS gentar untuk mengambil tindakan terhadap Mat Sabu dan ahli-ahli lain yang bertindak meninggalkan PAS? Adakah ini strategi PAS untuk membersihkan parti mereka dari terus di tumpangi oleh parasit-parasit yang berkepentingan?

    Jelas dalam hal ini, Mat Sabu sedang berusaha memantapkan barisan GHB untuk menampakkan kerelevenan GHB pada mata DAP dan PKR. Beliau kini dilihat sedang cuba memujuk Tun Dr Mahathir Mohamed untuk menyertai beliau didalam GHB

    Mungkin penyertaan Tun M dapat melonjak sedikit pengaruh GHB didalam Pakatan Rakyat 2.0 yang akan dibentuk nanti. Jelas suasana ini begi menarik untuk di ikuti.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: GERAKAN HARAPAN BAHARU - ADAKAH HARAPAN BARU BAGI MAT SABU? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top