My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 9 August 2015

    RANGKUMAN POLITIK DAN ISU SEMASA SELAMA SEMINGGU

    Malaysia seperti kebanyakan negara dalam dunia, tidak pernah sunyi dari pelbagai berita samada berkaitan politik, isu-isu semasa dan lain-lain lagi. Pelbagai berita menghiasi samada didada-dada akhbar mahupun portal-portal berita dan blog.

    Bicara minggu ini dibuka dengan cubaan beberapa anak muda mahu menonjolkan diri untuk menjadi hero tidak bertempat. Himpunan #TangkapNajib yang dirancang di pusat membeli belah Sogo ini menemui kegagalan apabila beberapa orang penganjur seperti Adam Adli dan beberapa orang lagi ditangkap.

    Lebih menyedihkan, himpunan ini jelas tidak dipandang langsung oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat. Sebaliknya mereka lebih menumpukan untuk menjamu selera di Rumah Tebuka Tian Chua yang dihadiri oleh Datin Seri Wan Azizah, Azmin Ali, Mat Sabu dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat.

    Disebalik kegagalan Demo ini, masih ada lagi beberapa individu merancang untuk sekali lagi mengada
    kan demo di hadapan Central Market, Kuala Lumpur. Kali ini mereka memperjuangkan kebebasan media dan kali ini dianjurkan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai GERAMM.

    Kononnya mereka membela nasib yang menimpa portal berita The Edge apabila disekat penyiarannya oleh SKMM berikutan laporan palsu dan difitnah yang dilakukan mereka terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Tidak kurang mendapat liputan meluas adalah waran tangkap yang berjaya diperolehi oleh Polis Di Raja Malaysia terhadap pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Pihak polis dilaporkan meminta pihak polis ASEAN (ASEANAPOL) untuk menyenarai hitamkan nama Clare dari memasuki mana-mana negara ASEAN.

    Pada masa yang sama, pihak polis juga mendapatkan kerjasama Interpol untuk meletakkan nama Clare dalam senarai merah (orang yang dikehendaki) dan seterusnya merancang untuk memohon perintah ekstradisi Clare ke Malaysia dari Mahkamah Tinggi Britain. Setakat artikel ini ditulis, Perdana Menteri Britain, David Cameron memberi jaminan terhadap negara bahawa Britain akan membantu dari segala aspek untuk memastikan Clare bertanggungjawab diatas semua kesalahannya dan seterusnya didakwa di Mahkama TInggi Malaysia.

    Insiden penahanan 3 orang pegawai khas SPRM oleh pihak polis juga menggemparkan negara. Pihak polis dalam dilaporkan bertindak setelah mendapat laporan polis dari pihak SPRM sendiri berikutan kertas siasatan terhadap Datuk Seri Mohd Najib bocor sebelum ianya dilengkapkan. Pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap pihak polis sehingga ada yang sanggup menggelarkan pihak polis sebagai "anjing" kerajaan.

    Melucukan, pihak pembangkang Malaysia sekali lagi mengambil kesempatan dengan secara tiba-tiba menjadi pembela bagi pegawai SPRM yang ditahan untuk soal siasat. Ini sekaligus menjadikan kematian Teoh Beng Hock sebagai bahan jenaka dan maruah SPRM diperkotak katikkan oleh pihak pembangang.

    Dalam menghadapi pelbagai kritikan diatas rombakan kabinet yang beliau lakukan sebelum ini, Datuk Seri Najib masih kekal menerajui UMNO dan mengahadiri beberapa Mesyuarat Bahagian UMNO samada di Melaka, Negeri Sembilan Johor dan Selangor. Beliau jelas tidak nampak tergugat dengan pelbagai serangan yang dilemparkan termasuk isu RM
    2.6 billion yang di katakan ada didalam akaun peribadi beliau.

    Pihak SPRM dalam pada itu mendedahkan, RM 2.6 billion itu adalah dari sumbangan derma untuk UMNO bagi menguruskan perjalanan parti. Dalam satu kenyataan berasingan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, Majlis Tertinggi UMNO mengetahui jumlah kewangan berkenaan dan paling utama Tan Sri Zati Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara juga mengakui, pihak BNM mengetahui jumlah berkenaan dimasukkan kedalam akaun beliau.

    Paling mencuri tumpuan adalah pengesahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib bahawa serpihan Flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion sebelum ini adalah milik pesawat malang MH370 yang dilaporkan hilang kira-kira setahun setengah yang lalu.

    Jelas berita ini meruntun hati samada bagi waris penumpang pesawat berkenaan mahupun seluruh rakyat Malaysia. Berikutan penemuan ini, beberapa lagi komponen ditemui berhampiran Pulau berkenaan da seterusnya membuka jalan bagi penyiasat untuk berusaha mencari bangkai pesawat berkenaan.

    Walau apapun yang terjadi, kita masih anak Malaysia dan seharusnya kecintaan kita ditumpahkan pada negara ini. Benar kita berbeza idealogi politik tetapi ianya tidak akkan memecahkan siapa kita dan kekuatan asas Malaysia.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: RANGKUMAN POLITIK DAN ISU SEMASA SELAMA SEMINGGU Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top