My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 27 June 2015

    REKOD DUNIA SOLAT TARAWIH

    Solat Tarawih merupakan satu solat sunat yang dikerjakan oleh umat Islam di seluruh dunia setiap kali tiba bulan Ramadhan. Solat sunat yang dikerjakan usai solat Isyak ini boleh dikerjakan samada 4, 8 atau 20 rakaat dan di penutup bagi solat berkenaan adalah solat sunat Witir 3 rakaat.

    Solat yang dikerjakan oleh Umat Islam seluruh dunia ini menggambarkan kesepakatan umat Islam dalam mengimarahkan masjid-masjid sempena bulan Ramadhan ini.

    Tetapi apa yang berlaku di Kadipaten, Jawa Timur Indonesia jelas sesuatu yang tidak sepatutnya diamalkan oleh mana-mana umat Islam. Mereka jelas berjaya mencipta "rekod dunia" dengan hanya mengerjakan Solat Sunat Tarawih 23 rakaat hanya dalam tempoh 7 minit.  

    Menurut video yang sedang berlegar di laman-laman sosial ini, penulis tidak dapat mengadili mahupun mengesahkan solat berkenaan kerana penulis tidak layak untuk mengulas sah atau tidak solat berkenaan. Tetapi apa yang penulis lihat, dari segi moral, ianya jelas seolah-olah menghina keberkatan solat berkenaan Lebih melucukan, ada dikalangan jemaah mengatakan solat berkenaan dikerjakan sejak turun temurun.

    Niat penulis berkongsi kisah solat berkenaan adalah untuk menjadi iktibar kepada umat Islam di Negara ini supaya tidak mencontohi perkara sebegini. Solat tanpa mengira solat wajib mahupun sunat ada adab dan peraturannya. Jika dikerjakan dengan cara demikian, ianya jelas merosakkan keberkatan solat berkenaan dan solat akan menjadi sia-sia jika kita mengabaikan adab dalam bersolat.

     

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: REKOD DUNIA SOLAT TARAWIH Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top