Kedudukan PAS di dalam pakatan rakyat jelas sudah tercabar kini. Usai Muktamar PAS baru-baru ini, tiada perbahasan langsung untuk menentang cadangan PAS menamatkan tahaluf siyasi mereka bersama DAP. Walaupun ada usaha di lakukan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menjernihkan semula keadaan, ianya telah mengundang rasa marah DAP kerana menganggap PAS tidak lebih sebagai parti tempelan di dalam Pakatan Rakyat.
Tindakan mengejut Mohamad Sabu meletakkan semua jawatan di dalam agensi Kerajaan Pulau Pinang merupakan reaksi pertama yang di lakukan oleh wakil PAS di dalam Kerajaan Pulau Pinang. Boleh di fahami, tindakan Mat Sabu ini di dorong rasa bersalah beliau terhadap kegagalan barisan PASMA yang di ketuai beliau mendapat tempat di dalam muktamar PAS pada kali ini.
Walau bagaimanapun, reaksi keras
dari Lim Guan Eng mencabar ahli PAS yang sedang berkhidmat di dalam kerajaan yang di ketuai beliau jelas mengusutkan suasana. Menerusi kenyataan beliau semalam, beliau cuba untuk menjernihkan suasana dengan mengatakan DAP hanya bermasalah dengan Presiden PAS bukan dengan PAS. Seolah-olah samada DAP mahupun PAS sedang bermain sandiwara menunjukkan keutuhan mereka di dalam Pakatan Rakyat tidak tergugah.
Menarik untuk di saksikan apabila Parti Keadilan Rakyat jelas dalam keadaan dilema menentukan parti mana yang mereka sokong dalam polemik ini. Dalam beberapa tembual yang di lakukan, Menteri Besar Selangor, Yang Berhormat Azmin Ali berusah menjadi pendamai terhadap kemelut ini walaupun dari kenyataan beliau, PKR berpendirian akan tetap bersama-sama DAP di Selangor. Tindakan Azmin ini sudah di jangka apabila beliau sendiri dalam keadaan terdesak untuk terus mengekalkan kuasa beliau di Selangor. Suatu drama Pakatan Rakyat yang menarik untuk di ikuti kesudahannya....
JSJM

0 comments:
Post a Comment