My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 3 June 2015

    HILANGNYA NILAI KEMANUSIAAN KINI...

    Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia dan kali ini membabitkan penemuan 28 buah khemah yang menempatkan pelarian etnik Rohingya serta lebih 139 kubur yang di percayai ada kaitan dengan pemerdagangan manusia. Penemuan ini seolah-olah mengembalikan semula ingatan terhadap tragedi kemanusiaan terburuk dalam sejarah Asia Tenggara angkara buruh paksa yang di lakukan oleh Tentera Jepun pada perang dunia kedua bagi membina landasan keretapi merentasi sempadan Thailand dan Burma.

    Apa yang menyedihkan, sudahlah mereka di tindas dan di jadikan rakyat tanpa negara di Myanmar, pengakhiran pengembaraan mereka mencari penghidupan lebih baik dengan menggadaikan apa sahaja yang mereka ada di Rakhine menemui kesengsaraan angkara sifat tamak dan tidak berperikemanusiaan sesama manusia. Bayangkan penghidupan anda apabila di tempatkan di sebuah kem yang tidak di selenggara dengan baik di tengah-tengah hutan belantara, di kurung lebih dari 16 jam setiap hari di ruang sempit dan berhimpit-himpit, di pukul dengan teruk apabila melawan, tiada bantuan perubatan apabila sakit dan lebih malang lagi, makanan juga turut di catu sementa menantikan transaksi antara "penjual dan pembeli" bagi menyeludup pelarian ini ke negara ke tiga. Mampukah kita mengharungi semua ini dengan ada di antaranya di kurung sehingga 3 dan 6 bulan di kawasan "neraka" ini?

    Seperti yang pernah penulis sentuh sebelum ini, menurut Human Watch, terdapat kira-kira 6,000 hingga 7,000 orang yang masih berada di tengah-tengah lautan samada di Lautan Hindi, Selat Melaka mahupun Lautan Andaman. Mereka-mereka ini di percayai kekurangan bekalan makanan dan minuman setelah mereka membayar RM 3,500 hingga RM 6,000 seorang bagi menempuh perjalanan yang tiada pengakhiran ini. Dengan tindakan tekong yang langsung tidak memperdulikan nasib mereka di tengah lautan kini, jelas ini merupakan tragedi kemanusiaan dan penghijrahan beramai-ramai sesuatu etnik menerusi perairan terbesar selepas penghijrahan besar-besaran pelarian Vietnam semasa peeperangan Vietnam suatu ketika dahulu.

    Persoalan nyata kini, apakah tindakan proatif yang mampu di lakukan bagi menyelamatkan nyawa-nyawa yang tidak bersalah ini dari terus menjadi mangsa. Apakah cukup sekadar menyalurkan bekalan makanan kepada mereka sedangkan mereka berterusan tiada hala tuju untuk meneruskan hidup di bumi ciptaan ALLAH ini? Dalam satu perkembangan terkini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Hussien Obama semalam menegaskan Yangoon seharusnya menghentikan dasar diskriminasi mereka terhadap etnik Rohingya kerana dasar ini kini jelas akan membawa satu lagi tragedi kemanusiaan di rantau Asia. Adakah ini cukup membantu etnk Rohingya?

     JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HILANGNYA NILAI KEMANUSIAAN KINI... Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top