My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 1 June 2015

    PENAMATAN KONTRAK MAS

    Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) hari ini telah menghantar surat penamatan perkhidmatan kepada 20,000 kakitangannya dan daripada jumlah itu, kontrak 6,000 pekerja akan ditamatkan manakala 14,000 lagi ditawarkan bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd group (MAS Bhd). Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller dalam taklimat pada hari ini berkata, penamatan perkhidmatan dan kontrak ini juga melibatkan operasi MAS Wings, Firefly dan MAS Kargo.

    Dalam perkembangan yang sama, beliau juga menegaskan, MAS akan kekal sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dan bukan sebagai syarikat penerbangan serantau. Ia juga akan mengekalkan semua laluan domestiknya. MAS Bhd kini akan dibahagikan kepada tiga divisyen utama iaitu operasi, fungsi sokongan dan pembangunan dan pelajaran menerusi 12 anak syarikat miliknya. Menurut Beliau lagi, divisyen operasi turut membabitkan MAS Wings, Firefly dan MAS Kargo. Di bawah divisyen fungsi sokongan, terdapat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, MAS Holiday dan Enrich. Bagi divisyen pembangunan dan pembelajaran, ia melibatkan Akademi Penerbangan Malaysia, latihan kejuruteraan, latihan penerbangan dan laithan operasi.

    Apa yang pasti, penamatan perkhidmatan dan penamatan kontrak 20,000 pekerja Malaysian Airlines ini tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Ianya harus di sediakan plan jangka pendek kepada para pekerja yang kini boleh di katakan tiada kerja. Semoga pengstrukturan semula MAS ini mampu menaikkan semula MAS di persada antarabangsa memandangkan sejak sekian lama MAS mampu menjadi syarikat penerbangan antara yang terbaik di dunia.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PENAMATAN KONTRAK MAS Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top