My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 6 June 2015

    PERSONA-SUATU PERMULAAN

    Penubuhan NGO-NGO di Malaysia seolah-olah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Jika di selami beberapa NGO yang muncul dewasa ini, ada dikalangan NGO yang pada asalnya memperjuangkan samada Melayu mahupun agenda persendirian tidak asing lagi kita dengari. Antara yang sering menjadi sebutan kini adalah Perkasa yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu, PASMA sebuah NGO yang ini berusa mahu menjadi parti politik dan sebagainya.

    Bagaimanapun penulis tertarik dengan penubuhan sebuah NGo yang di asaskan hanya melalui laman sosial. NGO yang di bernama Persatuan Solidariti Nasional (PerSoNa) telah sah di daftarkan pada 11hb Disember 2014 dengan no pendaftaran PPM-014-02-11122014 dengan di ketuai oleh Norshahida Binti Salleh bukan bertujuan untuk memeriahkan lagi NGO-NGO yang ada. Penubuhan PerSoNa ini adalah untuk cuba mentransformasikan pemikiran rakyat dengan cara peremajaan program yang lebih berkesan dan mampu menarik keanggotaan masyarakat tanpa mengira kaum terutamanya golongan belia. Disamping itu NGO ini sentiasa menjadikan keperluan dan kebajikan rakyat menerusi bantuan bencana alam dan bantuan kemanusiaan jika berlaku sebarang kejadian yang tidak di ingini. Disamping itu PerSoNa juga berharap menjadi jambatan perhubungan antara rakyat dan pemimpin dalam menzahirkan segala permasalahan yang berlaku.

    PerSoNa juga berfungsi menjadi penapis dalam menangkis sebarang serangan liar samada dari pembangkang mahupun persepsi di dalam kerajaan sendiri. Ianya bertujuan mewujudkan suasana dan pemberitahuan yang jelas dan nyata pada setiap persoalan yang timbul.

    PerSoNa di asas serta berpusat di Negeri Kedah Darul Aman telah berjaya menubuhkan cawangan di hampir seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dalam penubuhan yang agak singkat ini, PerSoNa telah berjaya mengumpulkan hampir 40,000 orang ahli sejak di daftarkan secara sah pada tahun 2014 yang lalu. Apa yang menariknya, PerSoNa tidak memerlukan sangat ahlinya sentiasa turun padang pada setiap program. PerSoNa bergerak samada menerusi secara konvensional dengan mendekati rakyat dan juga menerusi alam maya menerusi Laman Sosial Facebook. Sila lawati laman Facebook PerSoNa di alamat https://www.facebook.com/pages/Persatuan-Solidariti-Nasional-Persona/1597373173831888?fref=ts atau boleh terus berhubung melalui panggilan telefon di

    Norshahida Binti Salleh
    0112-9540528
    atau facebook Norshahida Salleh Shida Salleh
    selaku Presiden PerSoNa Malaysia

    Noor Akmar Abdul Majid
    014-2544146
    atau facebook Akmar Akilla
    Timbalan Presiden PerSona Malaysia


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERSONA-SUATU PERMULAAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top