My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 9 June 2015

    MARUAH PAS TERUS DI HINA

    Lim Guan Eng tanpa berselindung mendesak individu yang menyokong PAS dan masih berkhidmat di dalam kerajaan Pulau Pinang pimpinan beliau untuk meletakkan jawatan. Beliau menegaskan tiada keperluan untuk kerajaan negeri terus menerima khidmat mereka sedangkan PAS sendiri sudah memutuskan hubungan tahaluf siyasi mereka bersama DAP. Di laporkan terdapat kira-kira lebih seratus orang sedang berkhidmat di dalam agensi-agensi kerajaan Negeri.

    Lim Guan Eng menyatakan sedemikian setelah umum mengetahui menerusi muktamar PAS menyatakan mereka mahu mengakhiri hubungan tahaluf siyasi mereka bersama DAP kerana berasakan DAP sekadar mempergunakan mereka dan tidak menyokong usul hudud yang mahu di laksanakan. Di samping itu DAP juga terlalu kerap memperlekehkan Presiden PAS kini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa mengira usaha yang di lakukan oleh Hadi dalam PAS.

    Jelas PAS kini seolah-olah menjadi melukut di tepi gantang. Kedua-dua parti dominan di dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR jelas sekali mempergunakan PAS untuk mengambil kesempatan untuk meraih undi orang Melayu pada setiap pilihanraya yang di adakan. Maruah PAS juga kini sedang di permainkan DAP apabila DAP sendiri tidak menghantar wakil mereka pada muktamar PAS yang lepas dan kenyataan pedas Lim Guan Eng jelas menunjukkan DAP tidak lagi memerlukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

    Kemenangan Pro Ulama di dalam Muktamar PAS baru-baru ini jelas membangkitkan lagi kemarahan DAP setelah "ayam sabungan" mereka, PASMA tewas teruk di dalam pemilihan parti. Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa merayu barisan kepimpinan PAS untuk menimbangkan semula keputusan mereka untuk mengakhiri kerjasama parti berkenaan dengan DAP. Masihkah ada lagi aura Anwar dalam Pakatan Rakyat setelah DAP menjadikan Wan Azizah sebagai boneka mereka sebagai Ketua Pembangkang mereka di Parlimen? Masih relevankah PAS di dalam Pakatan Rakyat setelah PAS sendiri memutuskan hubungan dengan DAP tetapi beertindak mengumumkan tidak pernah keluar dari Pakatan Rakyat?

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MARUAH PAS TERUS DI HINA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top