My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 6 June 2015

    BADAN DISIPLIN UMNO KRONI PEMBANGKANG?

    Jika kita mendalami permasalahan yang berlaku pada majlis Dialog Perdana Menteri bersama NGO "Nothing To Hide", apa yang berlaku sebenarnya adalah penderhakaan ahli UMNO terhadap ketuanya sendiri. Tiada lagi istilah kesepakatan antara ahli. Yang tinggal kini adalah sebilangan ahli UMNO yang lebih suka menderhaka terhadap pemimpin dan ketua sehinggakan imej UMNO di palit arang dengan teruknya. Menghairankan, badan yang sepatutnya memantau disiplin ahli seolah-olah tuli dan lebih gemar mengelak mengambil tindakan tegas dari menjalan tugas dengan kuasa yang di beri.

    Sudah jelas dan ketara, bukan hanya seorang ahli yang bermasalah. Sepanjang kronologi perseteruan dalaman antara dua kem, Pro Tun Dr Mahathir Mohamed dan Pro Datuk Seri Najib Tun Razak, belum ada walau seorang pun ahli UMNO di bawa ke Majlis Disiplin Parti. Masing-masing seolah-olah terdapat persetujuan dalaman antara satu sama lain. Maka tidak hairanlah suasana di dalam parti sendiri seolah-olah seperti pasar borong.

    Masih ingat kejadian memalukan pada pilihanraya kecil P091 Parlimen Rompin? Heboh di perkatakan tindakan 5 orang Exco Pemuda UMNO yang terang-terangan menghasut ketua-ketua bahagian UMNO negeri Johor untuk memboikot kempen berkenaan dan sekaligus menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yasin supaya melawan Datuk Seri Najib. Apakah tindakan Tengku Adnan Mansur dalam menghadapi permasalahan ini? Jawapanya, tiada malah boleh pula di kataka tidak bersalah. Pelikkan?

    Terkini tindakan kem Pro Tun M yang jelas kini semakin diluar batasan sebagai ahli UMNO. Kenapa Badan disiplin UMNO begitu penakut untuk mengambil tindakan terhadap ahli yang menderhaka kepada pucuk pimpinan? Membiarkan mereka berterusan menjahanamkan UMNO dari dalam adalah lebih hina berbanding apa yang di lakukan oleh Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat. Adakah terlalu takut mengambil tindakan terhadap Mantan Perdana Menteri yang kini hanya sekadar ahli Veteran UMNO tanpa ada sebarang jawatan? Apkah tindakan sebilangan ahli yang kononnya ahli UMNO tetapi asas perjuangan UMNO sendiri gagal di hayati? Penulis percaya, terdapat satu klausa dalam disiplin parti yang menegah sebarang tindakan penderhakaan kepada part dan pucuk pimpinan. Adakah badan Disiplin parti kini sudah hilang kredibiliti dengan membiarkan semua ini jadi? Apakah Badan Disiplin Parti kini bersekongkol dengan pengkhianat parti untuk menjatuhkan ketua mereka sendiri?

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BADAN DISIPLIN UMNO KRONI PEMBANGKANG? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top