My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 3 June 2015

    PERMULAAN TRAGEDI KEMANUSIAAN

    bendera asal etnik Rohingya
    Jika kita menyebut tentang Rohingya kini, apa yang terlintas di fikiran kita adalah penderitaan, pelarian, kematian dan kesengsaraan. Tidak ramai yang tahu dan faham bagaimanakah tragedi ini bermula dan siapakah etnik Rohingya sebelum ini. Adakah mereka sememangnya mengalami kesengsaraan sejak dari awal? Adakah mereka pernah membina ketamadunan yang hebat sebelum menemui kesengsaraan seperti kebanyakan etnik dan bangsa sebelum ini?

    Sejarah Rohingya sebenarnya bermula sekitar awal kurun ke 7 apabila kawasan Arakan ini di jadikan pusat sehenti bagi pedagang Arab sebelum meneruskan perjalanan perdagangan mereka ke rantau jauh Asia dan majoriti pedagang ini adalah beragama Islam. Kepesatan kawasan sehenti ini menjadikan kawasan ini tumpuan dan membawa perantau-perantau samada dari India Timur, Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan Pashtun mendiami kawasan ini dan bercampur gaul dengan penduduk asal kawasan ini. Nama Rohingya di percayai berpunca daripada nama asal Arakan iaitu Rohang. Penghijrahan ini di percayai terjadi sewaktu pemerintahan Empayar Mughal dan kini ada di kalangan orang Rohingya di percayai mempunyai talian darah dan persamaan fizikal dengan India Timur, Benggali, Pashtun, Parsi dan Arab. Komuniti ini di percayai di ketuai oleh Sultan Mahmood dan pernah berkhidmat di bawah pemerintahan kerajaan U Nu, kerajaan purba Myanmar sebelum terbentuknya Myanmar kini.

    Sejak zaman berzaman mereka bebas mengamalkan ajaran Islam dan berkembang menjadi komuniti yang aman sehinggalah penjajahan British di Myanmar. Di sinilah titik mula kesengsaraan mereka bermula apabila pergerakan mereka sama seperti bangsa-bangsa yang di jajah, tiada kebebasan mutlak untuk mereka berkembang. Pada tahun 1962, tahun yang tidak akan di lupakan oleh etnik Rohingya apabila tahun inilah menjadi titik tolak kesengsaraan yang tiada sudahnya. Tindakan Jeneral Ne Win merampas kuasa dari pemerintahan yang di pilih rakyat pada tahun berkenaan membawa imej Myanmar sebagai negara Junta Tentera dan sikap Jeneral Ne Win yang begitu membenci etnik Rohingya menyebabkan etnik ini semakin di tekan. Penulis tidak perlu mengulas apa yang di lakukan Junta dengan membiarkan Myanmar mengamalkan dasar ekonomi tertutup. Apa yang penulis tekankan di sini layanan yang di terima etnik berkenaan sejak 1962. Menerusi dasar tertutup yang di amalkan Junta Tentera di Myanmar, penindasan mereka langsung tidak tersebar kedunia luar dan berterusan dan tragedi kemanusiaan pertama berlaku pada tahun 1978 apabila di anggarkan lebih 200,000 orang menjadi pelarian di Bangladesh apabila tindakan pengusiran yang di lakukan oleh Junta. Operasi pengusiran ini di kenali sebagai Operasi Nagamin (King Dragon Ops).

    Sebut sahaja apa yang tidak di lakukan Junta. Penindasan menerusi penafian hak warganegara, cukai yang tidak masuk akal, penyitaan tanah hak milik mereka, penafian pemilikan kewangan dan mereka juga di paksa untuk menjadi buruh paksa tanpa bayaran untuk membina kem tentera (kemudian di bunuh setelah siap) dan pembinaan jalanraya. Mereka juga di ikat dengan dasar NaSaKa iaitu dasar jawatan perkampungan tentera dimana pergerakan mereka tidak ubah seperti berada dalam keadaan perintah darurat dengan kawalan ketat tentera. Jika di tanya tentang pengenalan diri, bagi Etnik Rohingya, mereka di berikan kad pengenalan putih dimana pergerakan mereka amat terbatas, iaitu hanya boleh bergerak di perkampungan mereka sahaja. Manakala bagi penduduk Rakhine, mereka di berikan kad pengenalan merah jambu. Berbeza dengan pemegang kad putih, pemegang kad merah jambu ini bebas bergerak kemana mereka suka termasuk ke Yangoon. Tidak cukup dengan itu, segala urusan perniagaan yang di lakukan oleh etnik Rohingya di rampas Junta dan segala bekalan makanan mahupun perubatan harus mendapat kebenaran Junta terlebih dahulu sebelum di salurkan di penempatan Rohingya di sana.

    Tragedi kemanusiaan kedua berlaku pada tahun 1991 - 1992 apabila hampir 250,000 orang bertindak berhijrah keluar dari Rakhine kerana tidak mampu lagi bertahan dengan pelbagai sekatan dan perlakuan jenayah seperti rogol dan pembunuhan demi hiburan oleh Junta. Kesemua mereka di percayai masih berada di Bangladesh dan semasa penghijrahan beramai-ramai ini, merak berlindung di sekitar kawasan Cox Bazar di Bangladesh dan ini menimbulkan kemarahan Dhaka kerana tindakan Yangoon tidak menyekat penghijrahan sebegini. Dhaka pernah mengeluarkan ugutan dengan mengatakan Bangladesh tidak teragak-agak untuk menyerang Myanmar kerana membiarkan negara mereka terpaksa menampung pelarian dari Myanmar sedangkan Bangladesh sendiri mempunyai masalah dalam membangunkan ekonomi mereka. Uguatan ini hanya di selesaikan apabila Junta bersetuju untuk tidak lagi membenarkan Etnik Rohingya keluar dari Myanmar menuju ke Bangladesh tetapi bersyarat, Junta tidak akan menerima semula pelarian-pelarian berkenaan kembali semula ke Rakhine. Pada masa berkenaan, sebilangan pelarian hanya mampu di bantu untuk perkara asas dan ada yang mengikut pelayar dari Acheh untuk memulakan kehidupan baru di negara lain.

    Bersambung...
     
    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERMULAAN TRAGEDI KEMANUSIAAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top