My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 2 June 2015

    MUKTAMAR PAS-APA HALA TUJUNYA

    Muktamar PAS kali yang ke 56 akan berlangsung pada 4 hingga 6 Jun 2015 di Stadium Kuala Selangor, Selangor. Banyak yang di perkatakan tentang muktamar pada kali ini apabila buat kali pertama dalam sejarah penubuhan PAS, akan berlaku pertembungan antara kem Ulama yang di wakili oleh ulama-ulama di dalam PAS dengan Kem Intelek yang di dokong dan di wakili oleh golongan profesional dan juga PASMA. Menariknya, pertandingan kali ini jelas menunjukkan hala tuju sebenar PAS selepas 6hb Jun ini. Adakah PAS masih kekal sebagai sebuah parti yang mendokongi Islam sebagai teras perjuangan atau PAS akan menjadi "sub branch" bagi DAP.

    Umum mengetahui bahawa terdapat perpecahan di dalam PAS itu sendiri apabila Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu banyak mengingkari arahan dari Presidennya sendiri termasuk suara Majlis Syura PAS. Beliau kini lebih cenderong mendengar arahan dari DAP memandangkan beliau sendiri pernah membawa barisan tertinggi di dalam PASMA mengadap "emperor" DAP di Pulau Pinang atas alasan kunjungan hormat. Tetapi beliau gagal menidakkan terdapat bantuan kewangan dari Lim Guan Eng dalam menggulingkan Dato Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar pada kali ini.

    PAS jika kita lihat kini semakin lama semakin hilang pengaruh ulama di dalam barisan kepimpinannya. Menerusi penubuhan yang kononnya NGO iaitu PASMA, mereka berjaya memecah belahkan kesepakatan ulama dan golongan profesional dalam meneruskan agenda Islamik yang mereka perjuangkan selama ini. Malah, terdapat kata-kata mengatakan ada di kalangan pemimpin tertinggi PAS sendiri menolak penubuhan Negara Islam dan hukuman hudud. Golongan ini jelas menyunjung saranan rakan pembangkang mereka iaitu menubuhkan Negara Berkebajikan, sesuatu yang jelas tidak di senangi oleh Abdul Hadi.

    Apakah kali ini kita dapat melihat perubahan drastik terhadap PAS menerusi kepimpinan "kufur" barisan pilihan PASMA atau kita masih dapat melihat kepimpinan ulama masih utuh dan di beri kepercayaan oleh semua bahagian PAS di seluruh negara? Kekuatan PAS bukan lagi terletak kepada iltizam mereka untuk membentuk negara Islam tetapi kini sejauh mana kuasa politik mampu di terjemahkan dan sekaligus menunjukkan kepada rakan Pakatan Rakyat, barisan Ulama masih berkuasa. Menarik untuk di ketahui, adakah Lim dinasti dan Anwar anak beranak boleh menerima kepimpinan ulama jika mereka berjaya mengekalkan kuasa atau kita dapat melihat cahaya "keimanan" Lim Dinasti menyambut kemenangan barisan PASMA. Sama-sama kita tunggu keputusannya pada 6hb Jun 2015 ini.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MUKTAMAR PAS-APA HALA TUJUNYA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top