My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 10 June 2015

    KEEGOAN TUN MENGATASI SEGALANYA

    Menerusi petikan satu artikel Malaysia Kini bertajuk "Tak perlu jumpa, hanya mahu lihat dana 1MDB", Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini dengan tegasnya menolak sebarang pertemuan empat mata antara beliau dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak seperti yang dicadangkan oleh beberapa pihak sebelum ini. Beliau sebaliknya menuntut Datuk Seri Najib menunjukkan bahawa tiada walau 1 sen pun dari RM 42 billion hilang seperti yang beliau dakwa.

    Nada keegoan beliau semakin jelas apabila beliau tidak fikir pertemuan empat mata ini dapat menjelaskan segalanya kerana bagi beliau bukan hanya beliau sahaja yang inginkan jawatan tetapi kepada orang ramai. Beliau menjawab kepada seruan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin pada ahad lepas menyeru pertemuan empat mata harus di adakan bagi menyelesaikan konflik ini yang sudah berlarutan hampir setahun.

    Beliau juga terus menerus mempertikaikan kemana wan berkenaan di belanjakan dan untuk apa wang berkenaan di belanjakan. Sebenarnya, tidak ada keperluan langsung Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turun untuk bertemu sekali lagi selapas 3 kali pertemuan empat mata ini gagal dari menahan gelojak nafsu Tun dan mahu menjatuhkan Perdana Menteri. Ini kerana segala pembelanjaan melibatkan wang 1MDB telah berulangkali di terangkan oleh Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah, Perdana Menteri sendiri, Arul Kanda Kandasamy dan pelbagai pihak lagi. Malah penerangan khusu juga sudah di beri di dalam Parlimen sewaktu di asak pertanyaan dari Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

    Jadi apa keperluan Perdana Menteri untuk menjawab segala persoalan sedangkan persoalan itu sudahpun di jawab dengan jelas oleh pihak-pihak yang berkenaan. Seperti seolah-olah mahu memanjangkan isu, Tun memekakkan telinga dan membutakan mata untuk mendengar dan melihat penerangan yang telah di beri. Perlukah pihak 1MDB membuka setiap nama pusat pelaburannya sedangkan beliau sendiri tahu sesetengah syarikat pelaburan enggan nama mereka di sebut dan memungkinkan 1MDB mengalami kerugian lebih besar akibat hanya kesilapan menyebut nama agensi berkenaan. Adakah ini yang Tun mahu sedangkan beliau sedar sepak terajang dunia perniagaan?

    Artikel penuh sila klik link berkenaan http://mmy.malaysiakini.com/news/301253


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KEEGOAN TUN MENGATASI SEGALANYA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top