My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 11 June 2015

    MASIH ADAKAH MARUAH PAS?

    Jika sebelum ini penulis ada mengetengahkan keadaan Parti PAS di dalam Pakatan Rakyat seteleh perselisihan faham antara parti berkenaan dengan DAP. Banyak persoalan yang timbul akibat peselisihan faham ini. Mampukah PAS berdiri sebagai sebuah parti tunggal tanpa bantuan dari rakan Pakatan yang lain? Apakah masih relevan perjuangan PAS memandangkan dalam situasi politik semasa, mustahil PAS mampu menawan Putrajaya berseorangan?

    Dalam konteks ini jika di lihat dari pergerakan PAS itu sendiri, jika sebelum ini PAS cukup kuat memegang idealogi yang di bawa oleh Dr Burhanuddin Azmi dan bekas Presiden PAS itu sendiri, Allahyarham Fadzil Noor yang mahu membina sebuah negara Islam sepenuhnya di Malaysia. Sepanjang perjuangan PAS sejak dari Pilihanraya Umum yang pertama lagi, PAS jelas berseorangan tanpa bantuan dari mana-mana parti pembangkang. Kejayaan terbesar yang mampu di banggakan oleh PAS adalah dengan kejayaan menawan Negeri Kelantan. Itulah satu-satunya kejayaan solid PAS tanpa bantuan dari sesiapa.

    Menjelang Pilihanraya Umum yang ke 11, kesepakatan di capai antara PAS, ADIL dan DAP dalam membentuk gabungan parti pembangkang dalam mengharungi Pilihanraya. Nyata pada waktu itu banyak lagi kelonggaran yang tidak mampu di tutup dengan mudah. Kehadiran semula Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kancah politik Malaysia seolah-olah memberi sinar harapan baru kepada pakatan pembangkang ini. Malangnya sikap dan cita-cita terlampau Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri seolah-olah memakan PAS dari dalam.

    PAS selepas Pilihanraya Umum yang ke 12 lagi sudah nampak di jadikan "bahan" oleh PKR dan DAP. PKR dan DAP jelas hanya mahu menjadikan PAS sebagai sebuah parti untuk memancing undi dari orang-orang Melayu bagi memastikan kemenangan calon yang mereka letakkan di satu-satu kawasan. Jelas di sini Anwar bersama Lim Kit Siang berterusan menekan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS supaya kekal tunduk kepada keputusan mereka berdua. Di tambah lagi dengan permainan Anwar terhadap Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, PAS perlahan-lahan semakin hilang sengat dalam memperjuangkan Negara Islam yang mereka idamkan.

    Setelah sekian lama PAS di jadikan "kuda tunggangan" oleh DAP dan PKR, akhirnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru mendapat sedikit keberanian dalam mengambil keputusan demi parti setelah di desak oleh ahli PAS itu sendiri di Muktamar PAS baru-baru ini. Kesannya, kemarahan yang tiada sudah dari Lim Guan Eng terhadap Abdul Hadi. Tetapi mujurlah kali ini keputusan yang boleh di anggap separuh masak ini di sokong penuh oleh ahli PAS manakala PKR jelas tidak tahu kemana arah sokongan mereka. Persoalan sekarang, mampukah PAS kembali berdiri berseorangan dalam menghadapi arus politik perdana kini? Apakah DAP dan PKR sanggup menggadaikan Negeri Selangor demi memastikan PAS dapat di singkirkan terus dari Pakatan Rakyat?


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MASIH ADAKAH MARUAH PAS? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top