Sejak kebelakangan ini, mantan Perdana Menteri, Tun Dr.
Mahathir Mohamad cuba mengambarkan kononnya dia seorang negarawan tulen. Beliau dengan lantangnya berterusan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kini, Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak dengan pelbagai dakwaan yang kadangkala beliau sendiri sudah tahu jawapannya.
Beliau juga kini menggambarkan sepanjang pemerintahan beliau selama 22 tahun, boleh dikatakan pemerintahan paling
bersih dalam sejarah Malaysia sehinggakan semua kesalahan yang berlaku di Malaysia kini adalah salah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Mohd Najib. Beliau juga menggambarkan yang beliau terlalu menyayangi Malaysia dan cukup prihatin atas kepentingan negara.
Namun, pada hakikatnya, selama 22 tahun beliau menjadi Perdana
Menteri, pentadbirannya tidak pernah sunyi dengan skandal, isu, salah laku. Berikut adalah antara segelintir dosa yang pernah dilakukan
oleh beliau :
1. Menyekat dan menghalang penyiasatan dilakukan keatas
kroni-kroninya

Selain daripada kes-kes diatas, beberapa lagi kes yang melibatkan beliau seperti penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam
skandal BMF di Hong Kong, siasatan kes pelaburan Tabung Haji yang bernilai RM200
juta dan kes penyelewengan saham MAIKA Holding.
2. Menyelewengan dana-dana awam
Urusan pembinaan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) kepada syarikat
UEM, milik kroninya yang bernilai RM 273 juta dan memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG) menyelamatkan (bail-out) 50.6% saham MAS milik Naluri Sdn Bhd pada harga RM8 sesaham ketika
harga semasa cuma RM3.60 sesaham menghiasi kes penyelewengan di bawah pemerintahan beliau. Isu paling panas yang sehingga kini beliau gagal untuk menjelaskan ialah pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin
Ramli yang bernilai RM1.8billion.
Kes ini memang agak pelik kerana saham MAS pada waktu itu hanyalah RM 3.07 seunit tetapi pembelian yang di uruskan adalah RM 8.00 seunit. Kenapa pembelian terlalu tinggi ini di buat sedangkan pembelian boleh di lakukan sekitar RM 4.00 ataupun RM 4.50 seunit?
Pengambilalihan syarikat Renong dan UEM oleh kerajaan
melalui Danaharta juga menjadi sebutan ramai taikun perniagaan di zamannya. Bukan setakat pengambilalihan, pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd
dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana
Menteri yang menjadi rakan kongsinya YTL Corporation juga menimbulkan tandatanya.
Tidak cukup denan itu, penyuntikan modal sebanyak RM 750 juta kepada Bank Bumiputera Merchant Bank (BBMB), sebuah bank
milik kerajaan sebelum diambil alih oleh Bank of Commerce lalu membentuk Bank
Bumiputera Commerce (BCB) dan seterusnya menjadi CIMB, pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh
Danaharta, pengambil alihan Celcom, sebuah anak syarikat TRI oleh Telekom, memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta
menyelamatkan L&G dan PLUS Berhad, memaksa Petronas membeli saham Proton sehingga kini kes ini masih tergantung, memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang, memaksa Danaharta menanggung segala hutang lapuk RM39.326 billion milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain, memilik negarakan Indah Water Konsortium (IWK) setelah ia mengalami kerugian besar, pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir, kes anak Tan Sri Ling Liong Sik yang memiliki harta RM 1 bollion ketika
berusia baru 28 tahun dan penglibatan keluarga Tun Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis
perniagaan yang melibatkan beratus juta ringgit.
Apakah ini mampu dihuraikan secara detail oleh Tun Dr Mahathir untuk membersihkan nama beliau? Bukan sedikit dakwaan yang mengaitkan nama beliau. Terlalu banyak skandal dizaman beliau yang kekal terpadam tanpa di sebut sementelah di zaman beliau segala aktiviti sebeginii tidak mungkin akan samai kepengetahuan rakyat kerana tiada kemudahan akses internet. Paling utama, pada pemerintahan beliau, tiada lagi gangguan dari mantan Perdana Menteri seperti apa yang belliau lakukan kini.
3. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa dan kebebasan bersuara dengan cara


4. Mengagihkan tender secara runding terus kepada kroni yang
tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
Keruntuhan makmal komputer, kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa
pertama, projek perumahan polis di Batu Pahat yang terbengkalai, keretakan PULAREK dan penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej
Matrikulasi. Bukankah semua ini merosakkan hak milik rakyat yang seharusnya beliau jaga dan bina untuk kemudahan infrastruktur rakyat?
Jika beliau mempersoalkan ketelusan 1MDB dan setip keputusan Perdana Menteri, kenapa ketelusan beliau berkaitan hal yang berbangkit ini tidak di huraikan? Adakah beliau masih mahu berselindung dengan mengatakan semua ini adalah tuduhan palsu? Jika 1MDB berani mengeluarkan bukti pelaburan mereka kenapa Tun tidak mahu mengeluarkan semua bukti ini bagi menidakkan pertuduhan terhadap beliau?
5. Mempengaruhi integriti dan kebebasan badan kehakiman

Di samping itu isu percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK
Lingam di New Zealand berhubung kes pita rakaman V.K. Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat
menyiasat kes ini telah mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat
lanjut. Datuk Seri Nazri Aziz kemudiannya berkata tiada kes untuk di ketengahkan, maka kes inipun ditutup tanoa ada sebarang pendakwaan.


Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah
Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim, penghapusan bukti dalam kes video seks D. P. Vijandran juga tidak boleh di lepas pandang begitu sahaja.
6. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam
Penyelewengan RM40 juta wang PPRT, kerugian pelaburan oleh Tabung Haji, Kerugian RM 15 billion di Bank Negara, kerugian RM40 juta pada dana AIM, kerugian LRT Putra dan LRT Star dan

Tun M juga telah melakukan pelbagai
penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah,
salah guna kuasa dan sebagainya. Menghairankan, Datuk Seri Najib pula yang di kaitkan dengan rasuah sedangkan kegiatan ini sudah lama berleluasa di zaman pemerintahan beliau.Tun M juga telah menggunakan kuasanya untuk
mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman dan Tun M juga telah melakukan pencabulan ke atas hak
asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul
hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.
Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi
menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah,
penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini.
Pihak polis yang dibelasah oleh Tun M sekarang perlu membuat
penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.
JSJM
0 comments:
Post a Comment