My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 1 June 2015

    PEROSAK SEBENAR SEDANG DI BENTERAS !!

    Suatu ketika dahulu pada 3hb April 2009, sewaktu Yang Amat Berhormat Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, Tun Dr Mahathir pernah menzahirkan keyakinan beliau bahawa Dato Seri Mohd Najib mampu meneruskan legasi peninggalan beliau dan akan menjadi seorang Perdana Menteri terbaik bagi rakyat Malaysia. Kenyataan ini terzahir sewaktu kunjungan hormat Dato Seri Mohd Najib ke atas Tun M sehari selepas beliau secara sah di lantik sebagai Perdana Menteri.

    Ironinya, selepas 6 tahun peristiwa ini terjadi, Tun M kini kembali ke arena politik negara dengan membawa dakyah yang jelas memecah belahkan kesatuan UMNO. Sesuatu yang menyedihkan apabila semua ini berlaku di saat segala transformasi yang di rancang oleh Perdana Menteri dalam membentuk Malaysia menerusi acuan beliau sendiri sedang di lakukan. Setiap Perdana Menteri mempunyai caranya sendiri dalam mengurus tadbir negara. Jadi tindakan sebegini secara jelas merosakkan apa yang telah terbina sejak sekian lama.

    Apa yang lebih mengharukan, terdapat segelintir Menterinya sendiri bertindak seolah-olah si Kitul, mmengangguk di hadapan tetapi menikam di belakang. Ini sesuatu yang jelas tidak dapat di terima kerana ini jelas bertentangan dengan asas perjuangan di dalam parti itu sendiri. Jadi tidak hairanlah jika kita melihat Dato Seri Najib seolah-olah keseorangan dalam mengurus tadbir negara dan kenyataan terbaru Dato Seri Mohd Najib dengan mengatakan meminta mana-mana menteri yang tidak sehaluan dan menikam belakang beliau untuk berundur memang ada asasnya. Tindakan beberapa si Kitul ini jelas seolah-olah satu virus yang harus di buang dahulu demi kelestarian parti dan kelangsungan pemerintahan yang cekap. Mereka-mereka ini jelas seolah-olah bertindak merosakkan parti dari membina semula asas kekuatan parti.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PEROSAK SEBENAR SEDANG DI BENTERAS !! Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top