My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 4 June 2015

    REAKSI PANTAS PKR

    Menerusi satu temubual yang di lakukan terhadap Menteri Besar Selangor, Yang Berhormat Azmin Ali, beliau dengan lantang menegur ahli PAS yang sedang mengikuti muktamar PAS pada kali ini supaya patuh dan akur terhadap ucapan dasar Presiden PAS dari terus beretorik tentang cadangan memutuskan hubungan dengan rakan Pakatan, DAP. Jelas Azmin lagi, ketiga-tiga Dewan PAS harus menetapkan pendirian meyokong ucapan dasar Presiden.

    Beliau juga menegaskan bahawa ahli PAS perlu bersatu menyokong ucapan
    dasar Presiden PAS yang berusaha keras mempertahankan hubungan rapat sesama Pakatan Rakyat dengan meneruskan dasar Tahaluf Siyasi. Seperti sebuah skrip, sepanjang muktamar PAS yang di langsungkan di Selangor kali ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai muktamar kali ini. Ini adalah kali pertama wakil dari PKR memberi kenyataan menyokong Hadi.

    Adalah tidak menghairankan apabila selepas ini kita akan mendengar sokongan yang akan dii terima Hadi menerusi satu lagi parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat, iaitu DAP. Bagi Hadi, sokongan dari DAP penting dem kelangsungan kuasa yang beliau miliki kini. Dengan ketiadaan wakil dan sokongan yang seolah-olah memihak pada lawannya, tindakan Hadi dengan merubah nada dan angin perubahan sokongannya kepada DAP dan PKR, tidak mustahil beliau menuntut sesuatu yang lebih daripada 2 parti pembangkang ini.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: REAKSI PANTAS PKR Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top