My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 6 June 2015

    AHMAD SAID PENGKHIANAT UMNO DAN TERENGGANU?

    Kehadiran Datuk Seri Ahmad Said ke program Dialog Perdana Menteri bersama NGO hari ini jelas agak mengejutkan. Kehadiran beliau bersama Mantan Perdana Menteri seolah-olah suatu yang agak janggal tambahan pula dengan reaksi beliau dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bertindak seperti pembangkang juga agak menghairankan. Adakah beliau masih ahli UMNO atau tidak?

    Bagi penulis, adalah tidak menghairankan apabila Ahmad Said menjadi duri dalam daging ketegangan antara Tun M dan Datuk Seri Mohd Najib kini. Apa yang jadi semasa zaman pemerintahannya sebagai Menteri Besar Terengganu, penulis di khabarkan beliau sendiri tidak di senangi oleh Paduka Sultan Mizan Zainal Abidin berikutan terdapat berita usaha untuk melakukan penyelewengan dana melalui Terengganu Investment Authority (TIA). Penulis mendapat perkhabaran melalui sumber yang boleh di percayai, atas perintah Sultan, baginda mengharapkan 1,000 orang rakyat Negeri Terengganu dapat menunaikan haji setiap tahun atas tajaan TIA dan Kerajaan Negeri Terengganu. Pembangunan Hulu Terengganu juga wajar di lakukan setelah TIA mula berkembang maju. Namun apa yang terjadi, zaman pmerintahannya langsung tidak nampak beliau menurut titah Tuanku.


    Apa yang beliau lakukan kini bersekongkol dengan Tun M dengan mendakwa 1MDB melakukan penyelewengan dengan mengatakan 1MDB menggadaikan 2 telaga minyak di Terengganu kepada Petrosaudi demi wang besar. Kenapa sebagai bekas Menteri Besar Terengganu tidak boleh berfikir menggunakan akal fikiran yang logik? Tidakkah beliau boleh membezakan menggadaikan dan Guarantee item untuk mendapatkan pinjaman? Dalam konteks pinjaman berskala besar, tiada yang mustahil jika seseorang peminjam meletakkan cagaran tapi pembayaran tetap di lakukan oleh peminjam. Mana ada manusia yang berfikiran waras sanggup menyerahkan asetnya kepada pemberi hutang setelah mendapat pinjaman? Samalah ertinya dengan hal kerajaan. Andai benar 1MDB gagal membayar pinjaman dan Kerajaan sebagai penjaminnya, adakah kerajaan sanggup meletakkan kredibilitinya menjadi hina kerana gagal membuat pembayaran? 2 telaga minyak berkenaan hanyalah guarantee item sebagai meyakinkan pemberi pinjaman. Jadi walau apapun jadi, kerajaan akan memasttikan 1MDB membuat pinjaman mampu bayar. Bukan membuat pinjaman asal bergaya. Kenapa ini pun Ahmad Said tidak mampu memahaminya?

    Mengaibkan apa yang jadi hari ini akibat dari rempuhan dari luar oleh penyokong Tun dan para pengikut Ahmad Said. Kini giat para penyokong kedua-dua orang pengkhianat parti ini mengatakan para penyokong Datuk Seri Najib melakukan provokasi. Kononnya para penyokong inilah yang mencetuskan adegan tolak menolak dan bergaduh di luar dewan. Mengikut dari rakaman video samada dari mereka sendiri mahupun pemerhatian penulis, puak-puak inillah yang mencetus ketegangan sehingga program ini terpaksa di tunda. Bagaimana Ahamad Said mahu mengelak dari bertanggungjawab dari hasutan membenci Perdana Menteri sedangkan seorang penyokongnya sendiri di tahan polis? Naluri dendam sewaktu di turunkan dari jawatan Menteri Besar terhadap Perdana Menteri jelas di bawanya sehingga kini. Senyuman sinisnya sewaktu program berkenaan bersurai menceritakan segalanya. Jelas bagi penulis, tindakan sebegini sama ertinya dengan pengkhianatan di dalam parti itu sendiri dan mewujudkan permusuhan dengan kerajaan negeri Terengganu khasnya. Seperti biasa, Badan Disiplin UMNO menjadi bacul untuk bertindak dalam hal ini.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: AHMAD SAID PENGKHIANAT UMNO DAN TERENGGANU? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top