My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 7 June 2015

    HANYA ORANG KECEWA BERSAMA TUN...

    Menerusi beberapa gambar yang berjaya di ambil oleh wartawan sewaktu program Dialog Perdana Menteri bersama NGO "Nothing to Hide", jelas sekali mereka yang masih bersama Tun dalam menghentam Perdana Menteri adalah mereka yang di kecewakan di dalam UMNO. Dapat di fahami kenapa mereka begitu bersemangat menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

    Kehadiran Datuk Seri Ahmad Said jelas bukan sengaja. Jika di lihat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, dari cara beliau berhujah di dalam Dewan jelas bukan lagi mewakili suara rakyat di kawasan yang beliau wakili. Malah beliau sendiri seolah-olah senada dengan pemimpin pembangkang yang begitu giat menghentam kerajaan. Mungkinkah beliau menyimpan dendam kesumat setelah jawatan Menteri Besar yang disandang beliau di lucutkan?

    Kelibat suami kepada pelakon Datin Paduka Umie Aida, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan juga bukan sesuatu yang mengejutkan. Setelah permohonan beliau kepada kerajaan untuk membantu beliau keluar dari masalah peribadinya gagal, sokongan beliau beralih kepada kem Pro Tun dengan begitu lantang dan berani merempuh bersama orang-orang Ahmad Said dan begitu lantang mengutuk kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

    Pada pemerhatian penulis, jelas yang tinggal di sisi Tun M dan lantang menghentam Tun kini adalah dari kalangan mereka-mereka yang jelas kecewa setelah permohonan peribadi mereka kepada barisan kabinet Perdana Menteri tidak di layan. Adakah ini golongan mereka yang begitu lantang mengatakan mereka menyayangi UMNO sedangkan mereka jelas mempunyai agenda yang tersirat sebegini dan begitu giat menghasut ahli UMNO menentang Presidennya sendiri?

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: HANYA ORANG KECEWA BERSAMA TUN... Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top