
Menerusi laporan Harian Metro hari ini, terdapat tiga lagi nama individu yang di percayai menjadi dalang dan orang tengah dalam penyeludupan Etnik ini. Setelah Polis Di Raja Malaysia mengesahkan sedang menjejaki individu yang bernama "Yassin" yang mempunyai kad pelarian UNHCR bagi Rohingya, terkini nama seperti Hamid, Hamed dan Rafik pula menjadi buah mulut di kalangan pelarian yang di temui.

Modus Operandi mereka amat mudah, mengumpulkan pelarian di semua pintu masuk Malaysia samada dari Padang Besar, Danok, Betong mahupun Golok dan mereka akan di bawa menyeberangi sempadan melalui jalan tikus yang sedia ada. Kemudian para pelarian ini akan di sumbat kedalam lori yang di percayai di pandu oleh warga tempatan (ada juga terdapat warga Thailand) dengan upah RM 150 seorang. Dalam setiap perjalanan, sesebuah lori mampu menampung sehingga 80 orang pelarian di mana mereka begitu licik mengesan sebarang operasi yang melibatkan Polis Di Raja Malaysia mahupun Jabatan Pengangkutan Jalan. Jadi tidak mustahil pergerakan mereka tidak dapat di kesan dan begitu licik menyusup masuk kedalam negara.

Ini yang membimbangkan kerana penyeludupan mereka seolah-olah amat sukar di kekang. Agensi Penguatkuasaaan Penjagaaan Sempadan Malaysia-Thailand harus lebih proaktf dalam membendung kebanjiran Etnik ini. Kawalan harus lebih di perkemaskan agar penyeludupan sebegini dapat di tegah sebelum tiba ke dalam Malaysia. Jika di Thailand, beberapa orang penjaga Sempadan malah Jeneral Tentera juga di dakwa, kenapa tidak Malaysia? Ini yang harus di beri keutamaan kini kerana penyeludupan Etnik Rohingya ini samalah ertinya dengan membawa pelacur asing ke Malaysia tanpa ada apa-apa halangan yang benar-benar serius.
JSJM
0 comments:
Post a Comment