

Azmin juga mengesahkan, tiada seorang pun wakil dari PAS bertemu beliau bagi menerangkan kedudukan semasa PAS setelah Muktamar berkenaan tamat bersidang. Beliau juga hanya mengetahui berita mengenai perpisahan 2 parti dominan dalam Pakatan Rakyat berkenaan melalui dada-dada akhbar dan laporan dari portal berita.
Perkembangan ini seterusnya meletakkan PAS dalam keadaan dilema berikutan seolah kini PAS sudah hilang sokongan di dalam Pakatan Rakyat. Dengan kemunculan parti baru Parti Ummah Sejahtera Malaysia PASMA hasil serpihan golongan profesional PAS, jelas kini meletakkan PAS dalam keadaan seolah-olah anak kehilangan ibu. Pada pandangan penulis, satu-satunya sebab mengapa PAS masih berada di dalam Pakatan Rakyat adalah perkongsian kuasa mereka di Negeri Selangor dimana perkongsian ini jelas semakin retak.

Walaupun Azmin berulang kali menegasan tiada pembubaran DUN di Selangor yang membawa Pilihanraya Negeri, tetapi menerusi perkembangan terkini, beliau mungkin akan terpaksa membubarkan DUN lebih awal bagi memantapkan semula Pakatan Rakyat di Selangor. DAP sudah semestinya mahu kuasa mutlak di Selangor kekal milik Pakatan Rakyat dan PAS dilihat DAP malah ada sesetengah pemimpin dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai lialibiliti tambahan di dalam Pakatan Rakyat.
JSJM
0 comments:
Post a Comment