My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 11 June 2015

    TRAGEDI YANG SEPERTI DI LUPAKAN

    Ramai yang mempertikaikan apabila Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak terus ke Ranau, Sabah pada 5hb Jun yang lepas selapas Ranau di timpa musibah gempa bumi sederhana sekuat 5.9 skala richter. Beliau sebenarnya terpaksa ke Arab Saudi pada 6hb Jun lepas kerana memenuhi jemputan Raja Arab Saudi dan jadual lawatan beliau sendiri sebenarnya sudah di tetapkan jauh lebih awal. Antara yang lantang yang mempertikaikan ketidak hadiran beliau terus ke Sabah adalah Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed

    Sebenarnya ini bukan suatu perkara baru bagi mana-mana Perdana Menteri untuk tidak terus ke lokasi sesuatu kejadian malah sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri menjadi Perdana Menteri, beliau juga tidak terus ke lokasi kejadian sebaliknya mengambil masa beberapa hari barulah beliau tiba di lokasi kejadian. Mari kita renungkan beberapa insiden sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri

    1. Tragedi Highland Tower yang berlaku pada 11hb Disember 1993 jam 1.35 petang
    Kejadian hitam yang juga mengorbankan anak dan menantu bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isterinya Rozita Datuk Abu Bakar, dimana keseluruhan yang terkorban dalam tragedi itu seramai 48 orang. Tun Dr Mahathir hanya tiba di lokasi kejadian 3 hari selepas runtuhan dimana beliau tidak terus ke lokasi sebaliknya hanya mendengar taklimat di bilik operasi meneyelamat.

    2. Ribut Greg yang berlaku di Sabah pada 26hb Disember 1996
    Antara ribut kuat yang telah mengorbankan 283 orang ini merupakan antara kenangan yang tidak dapat di lupakan oleh warga Sabah setelah ribut ini menghentam Kepulauan Filifina sebelum membadai Sabah. Tun Dr Mahathir hanya tiba di lokasi hampir seminggu kemudian kerana berada di Greece pada masa berkenaan dan memilih untuk tidak memendekkan lawatan beliau.

    3. Tragedi  Memali yang berlaku pada 18 November 1985 di Memali Mukim Siong,Baling,Kedah
    Tragedi paling memilukan dalam sejarah negara berikutan terdapat laporan pergerakan militan berlandaskan ajaran sesat berlaku di sana. Kejadian ini mengakibatkan Ketuanya, Ibrahim Libya maut bersama-sama 13 orang pengikutnya setelah di kepung oleh kira-kira 3,500 anggota keselamatan hampir 10 jam. Pada waktu ini, Tun Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur dan hanya Tan Sri Musa Hitam, selaku Timbalan Perdana Menteri sahaja yang turun ke lokasi.

    4. Tragedi letupan kilang mercun yang berlaku pada 7hb Mei 1991 di Sungai Buloh, Selangor
    Antara tragedi yang menggemparkan berlaku di Lembah Klang kerana impak letupan ini boleh di kategorikan seperti letupan peluru berpandu di Sungai Buloh. Seramai 26 orang maut dan 83 orang lagi cedera akibat letupan ini. Tun Dr Mahathir tidak pernah turun ke lokasi sebaliknya hanya Timbaan beliau sahaja yang melawat kawasan berkenaan. Dua hari selepas itu, beliau mengumumkan pengharaman permainan mercun di Seluruh Negara.

    5. Tragedi Jenalik yang berlaku pada 2hb Julai 2000 di Jenalik Perak
    Pada 2hb Julai 2000 kira-kira jam 2.50 pagi, seramai 20 ahli kumpulan ajaran sesat Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui, Batilion 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi. Mereka berjaya mencuri 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG, empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203, 182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26 bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm. Semua ini bertujuan mahu melancarkan peperangan terhadap Yang Di Pertuan Agong dan Kerajaan Malaysia.

    Seramai 27 orang ahli kumpulan tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, Perak yang di ketuai oleh Mohamed Amin bin Mohamed Razali. Pada kejadian berkenaan, 2 orang anggota keselamatan terkorban dengan begitu sadis dan menariknya kumpulan ini menuntut Tun Dr Mahathir Mohamed meletakkan jawatan dalam masa 24 jam. Sekiranya tuntutan mereka tidak di penuhi, mereka akan bertindak menyerang Kuala Lumpur dan sekaligus menggulingkan beliau.

    Setelah beberapa siri rundingan menemui jalan buntu, akhirnya pasukan keselamatan terpaksa menyerbu ke lokasi berkenaan. Di manakah Tun pada ketika itu? Hanya di Kuala Lumpur dan mendengar laporan dari Angkatan Tentera dan beliau tidak pernah ke lokasi untuk melawat keadaan di sana.

    6. Tragedi Pos Dipang Di Kampar Perak yang berlaku pada 29hb Ogos 1996
    Tragedi menyayat hati ini berlaku ketika negara sedang sibuk mengadakan persediaan untuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-39. Banjir lumpur yang berlaku telah meragut 44 nyawa manakala daripada jumlah itu, 39 mayat ditemui manakala lima lagi gagal dikesan sehingga kini. Kejadian ini di kenang sebagai penghapusan sebuah perkampungan Orang Asli terburuk dalam sejarah. Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu tidak turun ke lokasi kejadian sebaliknya memilih untuk meneruskan sambutan hari Kemerdekaan Negara dan hanya ke lokasi 4 hari selepas sambutan Kemerdekaan Negara.

    Ini antara beberapa tragedi yang menimpa negara yang tidak di hadiri terus oleh Tun Dr Mahathir Mohamed. Ramai yang terlupa pada beberapa tragedi tergempar negara yang melibatkan nyawa semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Bagi pihak-pihak yang tidak bertamadun dan tidak bertanggungjawab yang masih terus menerus menyerang Datuk Seri Najib kerana kebencian peribadi sehingga 1MDB diheret sebagai pekara pokok untuk mencalar imej beliau.

    JSJM




    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TRAGEDI YANG SEPERTI DI LUPAKAN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top