My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 8 June 2015

    PENYATUAN-SESUATU YANG MUSTAHIL?

    Perseteruan antara Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah memasuki peringat baru di mana perseteruan kedua-dua pemimpin ini telah mengakibatkan penyokong kedua-dua belah kem kini, walaupun dari satu parti bertelagah. Sesuatu yang agak menghairankan apabila sifat ekstrimis penyokong Tun M begitu beriya-iya mahu mengaibkan rakan sesama parti walaupun pada sebelum ini mereka jelas satu parti dan bersahabat baik.

    Perseteruan yang pada asalnya hanya berkaitan pertanyaan, memasuki episod yang lebih mencabar apabila UMNO kini jelas terbahagi 2 kem iaitu kem Tun M dan kem Perdana Menteri. Adalah sesuatu yang menyedihkan perpecahan ini semakin jelas terbentuk sewaktu program Dialog Perdana Menteri bersama NGO "Nothing to Hide". Program ini sepatutnya berlangsung penuh ilmiah tetapi di akhiri dengan pertelagahan dan lebih malang lagi ada tangan-tangan ghaib yang kecewa di dalam UMNO turut sama masuk campur mengusutkan keadaan. Di tambah pula dengan sikap Perkasa yang galak mempertikaikan kepimpinan Perdana Menteri.

    Adakah perseteruan ini tidak dapat di leraikan lagi? Adakah penyatuan sesama ahli kini merupakan suatu yang amat mustahil? Pada pandangan penulis, menerusi situasi terkini, ianya jelas semakin lama semakin mustahil untuk di laksanakan. Penulis percaya bahawa Perdana Menteri sentiasa mahu mendengar dan menyelamatkan keadaan UMNO kini. Cuma yang menjadi persoalan, adakah Tun Dr Mahathir sanggup untuk melakukan "gencatan senjata" bersama-sama pengikutnya bagi mententeramkan keadaan?

    Ramai ahli UMNO kini jelas bimbang perpecahan yang semakin jelas ini. Msing-masing berharapkan semua ini cepat pulih memandangkan Pilihanraya Umum ke 14 semakin hampir. Memandangkan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan di jangka di adakan pada tahun hadapan, kemelut ini sedikit sebanyak akan mengganggu kempen Barisan Nasional menerusi sayap partinya, Persatuan Peribumi Bangsa Sarawak walaupun warga Sarawak di kenali sebagai sebuah Negeri yang tidak mudah terpengaruh iklim politik Semenanjung. Pertemuan 4 mata erlu di adakan secepat mungkin jika tidak mengakhiri kemelut ini mungkin mampu meredakan keadaan yang semakin panas. Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Ahmad Said wajar kini menghentikan roudtour mereka demi memastikan UMNO kembali bersatu. Jika tidak, amatlah wajar andai pihak Tun Mahupun Ahmad Said mengumumkan keluar UMNO kerana UMNO tidak memerlukan sikap melawan semborono sebegini.



    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PENYATUAN-SESUATU YANG MUSTAHIL? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top