My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 17 June 2015

    JAWAPAN KEPADA PERTUDUHAN-SIRI 3

    Dakwaan Malaysia sebagai antara negara paling banyak rasuah di dunia sudah di mainkan sejak Pilihanraya Umum ke 12 lagi. Ini di tambah lagi dengan dakwaan "recycle" pembangkang sewaktu kempen Pilihanraya Umum ke 13 yag lalu. Dakwaan ini bersandarkan kepada laporan yang di keluarkan pada menjelang Pilihanraya yang lalu. Kaji selidik yang di keluarkan pada waktu berkenaan jelas tidak di terima pakai hampir seluruh dunia di mana laporan negara terasuah dan tidak ini hanya menerima pakai apa yang di lakukan oleh badan bebas dunia iaitu Index Transparency International.

    Menerusi laporan yang di keluarkan oleh ITI, Malaysia berada di kedudukan yang ke 50 daripada 175 negara yang di kaji selidik. Secara logiknya, andai negara merupakan antara negara yang paling banyak rasuah di dunia, kenapa kedudukan negara tidak begitu hampir dengan kedudukan 175 dunia?

    Sesuatu yang amat di bingungkan kini, laporan mengatakan negara adalah paling banyak rasuah di dunia ini memetik kata-kata daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan lebih mengharukan ianya juga memetik kata-kata dari orang yang langsung tidak mempercayai laporan dari berita barat, Tun Dr Mahathir. Jika masih ingat, beliau pernah berkata secara rasmi satu ketika dahulu bahawa media antarabangsa terutamanya barat terlalu berat sebelah dalam melaporkan berita terhadap Malaysia. Jadi di mana prinsip yang beliau perjuangkan satu ketika dahulu dengan kini lebih "berkiblatkan" media antarabangsa dari melihat sendiri bukti di hadapan mata?

    Memetik laporan dari ITI berhubung taraf negara di dalam senarai negara terasuah dunia, index kebebasan ekonomi pada tahun 2015 meningkat ke tangga 31 dunia daripada 178 negara di dunia yang di kaji selidik. Ini menunjukkan negara semakin baik di bawah pemerintahan Datuk Seri Mohd Najib dan lebih menarik lagi Bloomberg telah memberikan penarafan negara di tempat ke 5 sebagai most promising emerging market" pada 2015, satu-satunya negara ASEAN yang berada dalam kedudukan 10 teratas di dunia.

    Dalam pada itu, isu-isu yang di bangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara juga menunjukkan penurunan dengan 418 item di bangkitkan pada 2013 kepada 319 item pada laporan audit terakhir. Ini jelas menujukkan Kerajaan mengambil pendekatan serius dalam membasmi rasuah samada di peringkat kerajaan mahupun swasta.



    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: JAWAPAN KEPADA PERTUDUHAN-SIRI 3 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top