My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 12 June 2015

    TUN M MENGHANCURKAN LEGASINYA SENDIRI

    Sejak hampir setahun yang lalu kita di hidangkan pelbagai serangan dan persoalan yang di lakukan oleh Tun Dr Mahathir bagi meletakkan kedudukan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Pelbagai persoalan yang di kemukakan dan pelbagai jawapan juga sudah di beri. Tetapi ianya tidak sedikit pun mampu memuaskan hati Tun M.

    Pelbagai persoalan yang di timbulkan Tun sehingga menimbulkan ketegangan sesama ahli di dalam parti UMNO sendiri. Tidak keterlaluan jika mengatakan, tindakan ini jelas merugikan UMNO dalam menghadapi pelbagai permasalahan politik semasa kini. Amat jelas impak perseteruan ini menyebabkan UMNO semakin lemah tetapi mujur survivor UMNO ini di selamatkan dengan konflik dalaman Pakatan Rakyat di mana pergeseran DAP dan PAS menyebabkan Pakatan Rakyat berada dalam keadaan kucar kacir.

    Terkini, konflik ini sudah memasuki episod baru apabila Tun M sudah semakin jauh dalam mempertikaikan kemampuan Najib selaku Perdana Menteri. Bermula dari 1MDB kini melarat pula kepada Najib menjadi punca UMNO semakin lemah. Adakah beliau lupa bahawa siri serangannyalah yang menyebabkan suasana sebegini semakin berlarutan. Di tambah pula dengan keinginan pemain media mencari kelemahan beliau sepanjang berkuasa dahulu semua ini semakin bercelaru apabila beliau semakin jelas mendesak Perdana Menteri untuk berundur.

    Perlu di akui pada zaman pemerintahannya banyak infrastruktur di bina antaranya Lebuh Raya Utara Selatan, Perbandaran Pentadbiran Negara di Putrajaya dan lain-lain lagi. Tetapi itu bukan tiket beliau untuk berterusan menyerang kepimpinan yang ada kini. Beliau sering memberitahu bahawa beliau menyayangi UMNO dan negara, tetapi menerusi tindak tanduk beliau, tiada satu pun tindakan beliau menunjukkan kasih sayang beliau pada UMNO dan Negara.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TUN M MENGHANCURKAN LEGASINYA SENDIRI Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top