My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 16 June 2015

    JAWAPAN KEPADA PERTUDUHAN-SIRI 2

    Dalm banyak kes yang berprofile tinggi yang sentiasa di sebut oleh rakyat Malaysia ialah kes pembunuhan kejam model sambilan dari Mongolia, Altantuya Shaaribu yang sentiasa di kaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Perbicaraan marathon antara terpanjang dalam sejarah Malaysia ini di mulakan pada 2006 dan hanya pada awal tahun ini perlaku di jatuhkan hukuman gantung sampai mati.

    Pelbagai persepsi berlegar sepanjang kes ini di bicarakan walaupun pihak mahkamah sedang bersidang untuk menentukan siapa yang bertanggungjawab dalam kes ini. Menariknya, kes ini terus di "kitar" semula oleh pembangkang bagi memburukkan imej Perdana Menteri. Sebagaimana yang kita tahu, Enam orang ditahan dan disiasat berhubung dengan kejadian ini. Kes ini berprofil tinggi kerana ia melibatkan Abdul Razak Baginda, seorang yang rapat dengan Perdana Menteri Malaysia. Kes ini juga melibatkan dua orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah dan Koperal Sirul.

    Dalam kes ini Abdul Razak Baginda di dapati tidak bersalah oleh mahkamah dan pendakwaan di teruskan kepada Azilah dan Sirul dan pada 13 hb Januari 2015, Mahkamah mendapati mereka bersalah. Jadi persoalan di sini, bagaimanakah mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib dengan pembunuhan berkenaan?

    Semua ini bermula apabila terdapat laporan menerusi beberapa portal berita yang mengatakan Altantuya di perkenalkan oleh Datuk Seri Mohd Najib kepada Abdul Razak Baginda. Menerusi beberapa pencarian, sebenarnya Abdul Razak Baginda tidak pernah di pertemukan dengan Altantuya oleh mana-mana individu termasuk Datuk Seri Mohd Najib. Malah beliau pernah mengakui agak rapat dengan Perdana Menteri tetapi MENAFIKAN Perdana Menteri mengenali Altantuya. Jika masih ada yang mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib terhadap pertuduhan ini, secara gentlement Datuk Seri Mohd Najib menerangkan pada sesi Majlis Penerangan Perdana bahawa beliau sudah bersumpah menggunakan Al Quran di 2 tempat iaitu di Masjid Guar Perahu, Bukit Mertajam dan di hadapan Kaabah yang menyatakan bahawa beliau langsung tidak mengenali Altantuya semasa dan sebelum pembunuhan itu berlaku. 

    Secara logik fikiran, kuasa apa lagi yang lebih agung selain daripada kuasa Allah dan sumpah berkenaan di akui sah oleh beberapa imam dan mufti. Selain daripada itu, andai benar beliau menipu dalam sumpahnya, sudah tentu balanya sudahpun menimpa beliau sekarang. Lebih menarik lagi bagaimana lebih mempercayai kata-kata Anwar Ibrahim yang mendakwa Datuk Seri Mohd Najib mengenali Altantuya sebelum ini sedangkan sepanjang perbicaraan selama 6 tahun 9 bulan berkaitan kes liwatnya, beliau tidak pernah bersumpah menafikan penglibatannya dalam kes berkenaan?

    Ironinya, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri menerima laporan penuh dari Bukit Aman yang menyiasat kes ini sebelum di bicarakan di Mahkamah. Secara peribadi, Datuk Seri Najib mendedahkan, Tun Abdullah pernah memberi amaran, andai Datuk Seri Najib terlibat dalam kes berkenaan, beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri dan beliau akan di dakwa seperti pesalah biasa. Jelas di sini, sehingga hari ini beliau tidak pernah di dakwa dan beliau masih meneruskan tugas beliau selaku Perdana Menteri sehingga saat artikel ini di tulis...

    Bersambung....

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: JAWAPAN KEPADA PERTUDUHAN-SIRI 2 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top