My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 3 June 2015

    NASIB YANG TIDAK MENENTU SELAMANYA

    Begitu banyak persoalan timbul akibat dari permasalahan Rohingya ini. Kenapa tiada bantuan tiba untuk mereka? Kenapa Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seolah-olah enggan memperdulikan nasib mereka? Kenapa OIC mendiamkan diri tentang perkara ini? Dimana ketelusan laungan ikon demokrasi dan pemenang hadiah Nobel Keamanan Myanmar, Aun San Suu Kyi dalam membela nasib etnik Rohingya ini?

    Seperti yang penulis ulas sebentar tadi, nasib pelarian etnik Rohingya ini sebenarnya sudah belarutan hampir 5 dekad tanpa ada tindakan proaktif yang di lakukan oleh mana-mana agensi antarabangsa termasuk PBB. Jika kita lihat, dasar tertutup yang di amalkan oleh Junta Tentera Myanmay jelas memburukkan keadaan sehinggakan apa yang kita lihat hari ini adalah hasil buah tangan Jeneral Ne Win yang di warisi sejak zaman berzaman. Ramai yang mengatakan penindasan ini merupakan salah satu tindakan penghapusan etnik yang masih berlaku di zaman serba moden ini dan ini penulis akui sendiri memang benar. Nasib yang menimpa etnik Rohingya ini sebenarnya seolah-olah mengingatkan kita dengan apa yang berlaku di Palestin, Yahudi semasa perang dunia kedua dan Bosnia semasa perang Balkan. Akan tetapi jika beberapa peristiwa yang di jadikan contoh di atas sebagai perbandingan, nasib etnik Rohingya sebenarnya agak berbeza berbanding beberapa tragedi penghapusan etnik sebelum ini.

    Etnik Rohingya tidak pernah mengangkat senjata memerangi kerajaan Myanmar seperti yang di dakwa oleh kerajaan Myanmar sebelum ini. Tidak seperti Etnik Karen, nasib Rohingya sebenarnya berpunca dari perasaan benci Junta dan sifat eksremis seorang Sami Budha yang bernama Ashin Wirathu dalam membentuk kebencian yang tiada taranya. Myanmar yang selama ini mengamalkan dasar tutup pintu kepada dunia luar hanya kembali di terima oleh pemain ekonomi besar dunia apabila memasuki alam milenium setelah mereka di desak untuk kembali membuka pintu oleh masyarakat dunia dan pembebasan penuh Aun San Suu Kyi dari tahanan rumah yang di kenakan kepadanya sejak sekian lama.

    Apabila Myanmar kembali membuka pintu ekonominya kepada dunia, pemain ekonomi dunia terutama dari China, India, Korea, Jepun dan Amerika Syarikat melihat ini adalah syurga kewangan bagi mereka dan pelaburan berbillion dolar mula mengalir masuk ke Myanmar. Bagi pihak Myanmar, seperti ada give and take, apabila pemain ekonomi kuasa besar masuk ke Myanmar, mereka seolah-olah di tegah dari mencampuri urusan dalam Myanmar termasuk penginayaan terhadap Rohingya. Jadi tidak hairanlah apabila kita langsung tidak mendengar sebarang tekanan mahupun desakan dari Amerika Syarikat, Jepun, China mahupun India mendesak Myanmar bagi menghentikan pembantaian etnik Rohingya. Masing-masing begitu takut pelaburan mereka di Myanmar akan hilang akibat campur tangan mereka. Satu-satunya suara bagi pihak Budha hanya di lontarkan oleh Dalai Lama menerusi kenyataan beliau dalam mendesak sikap ganas sami Budha di Myanmar.

    Agak mengejutkan apabila pemenang hadiah Nobel Keamanan, Aun San Suu Kyi memilih untuk berdiam diri dalam konflik ini. Sememangnya agak sukar di fahami kenapa beliau memilih untuk mendiamkan diri sedangkan sebelum ini beliau begitu lantang menentang dasar Junta sehingga menarik perhatian dunia terhadap perjuangannya. Setelah di bebaskan, beliau berjaya memenangi kerusi negeri di Myanmar dan beliau semakin diam walaupun ada di kalangan etnik Rohingya begitu mengkagumi dan menyokong perjuangan beliau sebelum ini. Satu-satunya alasan yang mungkin boleh di terima ialah, Parti Liga Demokratik pimpinannya masih belum berkuasa sepenuhnya dan Myanmar akan menghadapi piliharaya dalam masa terdekat ini. Oleh itu beliau bertindak untuk mendiamkan diri dari mencampuri urusan Rohingya kerana di percayai beliau begitu bimbang kehilangan undi dari kalangan rakyat Myanmar yang majoritinya beragama Budha. Mungkin kita akan melihat sesuatu yang berlainan andai beliau mempunyai mandat jika memenangi pilihanraya nanti.


    Menerusi kupasan yang tidak seberapa ini, penulis berharap permasalahan etnik Rohingya ini dapat di fahami sepenuhnya. Mereka ini sebenarnya terperangkap di tanah air mereka sendiri setelah Kerajaan Bangladesh sendiri enggan menerima dan mengiktiraf etnik Rohingya manakala kerajaan Myanmar sebolehnya mahu mengusir etnik ini keluar dari Myanmar. Malah jika boleh, Kerajaan Myanmar mahu menghapuskan terus kewujudan etnik Rohingya di dunia. Di tambah dengan kuasa kewangan mengatasi kemanusiaan oleh kuasa-kuasa besar, pejuang hak asasi mereka pula lebih mengutamakan kuasa, maka kekal lah mereka menjadi satu etnik yang tiada negara untuk di naungi dan kehadiran mereka langsung seolah-olah tidak di terima oleh mana-mana negara sekalipun.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: NASIB YANG TIDAK MENENTU SELAMANYA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top