
Menerusi akta ini, mana-mana individu yang di dapati menyemai kebencian, memfitnah dan menghasut samada dari laman sosial seperti applikasi Whatsapp, Facebook, Twitter, Blog, Portal berita boleh di dakwa di bawah akta berkenaan. Pihak polis juga akan
menahan mana-mana individu yang menyebar fitnah terhadap Pemimpin Negara termasuk yang
mengubahu suai gambar pemimpin negara bagi mewujudkan dan menanam kebencian di
kalangan rakyat. Menurut akta berkenaan, jika terdapat mana-mana individu yang di tahan dan di sabitkan kesalaha di bawah akta ini, penjara sehingga 2 tahun dan menariknya keputusan pada Hakim adalah muktamad dan tidak boleh di cabar di mana-mana mahkamah samada mahkamah Tinggi mahupu Mahkamah Rayuan.

Bagi penulis, jutaan tahniah di ucapkan kepada Ahli Dewan Rakyat kerana berani meluluskan akta berkenaan walaupun sebenarnya agak kontreversi pada awalnya. Sudah tiba bagi kerajaan bertindak dalam membendung sebarang salah laku samada menerusi Ahli Parlimen sendiri mahupun rakyat Malaysia. Sesungguhnya penulis percaya akta berkenaan mampu mendidik rakyat Malaysia untuk kembali menghormati kerajaan dan seterusnya mampu menghentikan sebaran fitnah yang jelas mempunyai niat yang terselindung. Tahniah sekali lagi penulis ucapkan. Di harap perlaksanaan dan penghakiman dapat di lakukan dengan telus tanpa mengambilkira latar belakang individu berkenaan.
JSJM
0 comments:
Post a Comment